U Click Me...I Click U Back

Thursday, November 28, 2013

Resepi ~ Ayam Masak Ubi Kentang

As salam..
morning uols!!
meh hari ni nak share2 resepi terbaik dari ladang..
yang penting resepi semudah ABC giteww..
iols pun senang nak share..
uols pun senang nak buat k..

Bahan Yang Diperlukan

  • Daging / Ayam (ikut banyak mana nak makan)
  • 3 biji kentang dipotong wedges
  • 2 biji tomato dipotong wedges / sos tamoto
  • 15 tangkai cili kering (kisar)
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 biji bawang holand (potong dadu untuk tumis)
  • 1 inci halia
  • minyak untuk menumis
  • 2-3 cawan air (tengok nak pekat camne k)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holand yang dipotong dadu sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak
  3. Masukkan garam dan gula
  4. Kalau guna daging boleh masukkan dulu dan tutup periuk sehingga mendidih, kalau guna ayam masukkan lewat sikit.
  5. Masukkan air, ubi kentang, ayam dan tomato sekali harung dan tutup periuk.
  6. Biarkan ia mendidih selama lebih kurang 8 minit sebab ayam cepat masak
  7. Apa lagi..sila ngap!! (macam tak reti plak) ..hahahaha
actually resepi ni aku tak tahu datang kot celah mana..
tapi ni resepi orang pakistan..
mak aku selalu masak gitewww..
selain nasi boleh makan juga dengan roti canai segera ke, roti ke.. lempeng ke..
semua sedap!!
bolehla korang mencuba..
serius memang sedap habaq hang!!

oily sikit sebab tumis tu lama sangat sampai pecah minyak..huhu

kalau nak resepi yang daging..
boleh klik

SELAMAT MENCUBA!!

13 comments:

PinKy MoMMa said... Reply Comment

anakku mmg suka makan ayam lg dari daging kak huhuhu..kentang tu mak dia boleh makan ;)

lieyalatif said... Reply Comment

terbaik la cikgu....resepi sempoi...lieya ni kdg2 boring dok pikir nak masak ape...dah le kat umah ni semua asek2 nak makan ayam jek....lieya dah copy resepi nie...nanti boleh laa lieya try test heheehehe....

Tina Othman said... Reply Comment

Wah best ni sb budak2 nipeminat kentang, ala2 masak merahkan cuma tak de sos je

mrs kayrul said... Reply Comment

terbaik la kak rin...kita sukaklu kentang banyak2..hahaha

mrs kayrul said... Reply Comment

terbaik la kak rin...kita sukaklu kentang banyak2..hahaha

mrs kayrul said... Reply Comment

terbaik la kak rin...kita sukaklu kentang banyak2..hahaha

Rai Ourkizuna said... Reply Comment

bagus ni.. boleh pelbagaikan resepi.. anak saya pun suka ayam.. daging liat sikit bagi diorang.. hehe

ZazaMyMoon said... Reply Comment

macam sambal ayam pn ye jg yer Rine? cuma bezaynya ada potato

ameris said... Reply Comment

ok. must try..

TelingaBulat said... Reply Comment

simple.tp boleh try nnti..

Umi Qi said... Reply Comment

Bila umi Qi baca senarai bahan2 dia mudah dan terfikir mmg pernah umi Qi buat sebelum ini, cuma nama resepi je lain cikgu....yg ptg tgk gambar tuh mengiurkan sungguh anak tekak hehhe

LydSunshine said... Reply Comment

oo, ayam takyah goreng dulu ek. tgk resepi ni lebih kurang macam ayam masak merah jugak kan cuma letak halia dan kentang dan tomato. saya nak try ni nanti.

rin, nak tanya... awak asal mana/

Mimy Hamid said... Reply Comment

resepi baru yang mudah..sy nak cuba..tq kak