U Click Me...I Click U Back

Sunday, September 15, 2013

Al-fatihah ~ Nur Sofea Insyirah Meninggal Dunia Selepas DiDera

KLANG 14 Sept. - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil di sini, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop memberitahu Bernama, Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil meninggal dunia kira-kira pukul 2.25 petang ini di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.

Mangsa dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa selepas dipindahkan dari Hospital Pantai Klang.Bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, memasukkan anaknya ke Hospital Pantai Klang pada malam Isnin selepas bayi itu tidak sedarkan diri.

Mohd Sharil kemudian membuat laporan polis pada Selasa pagi apabila dimaklumkan anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.

Bayi itu dihantar ke rumah pengasuh itu sejak berumur dua bulan dan pernah mengalami kecederaan di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu.

Polis sebelum ini mengambil kenyataan daripada Mohd Shahril dan pengasuh bayi itu. - BERNAMA

sungguh menyayat hati..geram je rasa nak sepak2 muka orang yanh dera tuh..


Aku ada baca..
Pengasuh ni terpaksa jaga bayi
sebab suaminya berkawan dengan bapa kepada bayi nih..
Wallahualam..
Dalam apa yang kita lakukan pun mesti dengan ikhlas.
Bila hati kita xikhlas dan busuk..
Mungkin begini pengakhirannya..
Pengajaran untuk diri aku jugak..
Semoga bidadari syurga ini tenang di SANA..
Al-fatihah..

6 comments:

hayati hashim said... Reply Comment

Allah...
sampainya hati...........

mama ila said... Reply Comment

Innanillah.. sedihnya.. semoga pendera tu dapat balasan yg setimpal

Norhasniza Khalid said... Reply Comment

takziah dari mama dan al fatihah buat si comel itu.. kenapa mesti jadi begini, kalau tak nak jaga... jangan jaga.. tak kisah lah rapat dengan dengan sapa2 pun, akhirnya!! dok lah ko dalam penjara tu... geram pulak mama.... kasihan si anak.. sedih mama..

Maria Firdz said... Reply Comment

kot ea pun... jgn lah dera budak tu.. dia tak bersalah pun... klu x nk jaga, jgn jaga.. huhu... mmg sedih tul kisah yg libatkan budak2 nih... huhu

Fariza Darwish said... Reply Comment

ya Allah..
sedihnya hati .. moga-moga parents tabah and pengasuh dapat pembalasan sewajarnya..

❤Kamsiah❤ said... Reply Comment

akak sendiri tak larat nak menolak permintaan org utk jadi pengasuh anak mereka...sbb bimbang tak boleh menjaganya dgn penuh kasih sayang,keikhlasan...bkn senang nak jaga anak org...dari jadi benda yg tak elok,baik akak tolak awal2..