U Click Me...I Click U Back

Monday, July 22, 2013

Resepi Puding Pisang Dengan Sos Kastard

As salam..
dah ramadhan ke-13
syukur sangat..
alhamdulillah..
mana yang sempat kita masak tu kita masak..
dan jangan lupa share resepi kat sini..
jangan kudukut okeh!!
hehehe..

inila rupa parasnya..walaupun tak berapa lawa..tapi rasanya tatap menjadi pujaan hati ku!
*matakeatas*

Bahan2 yang diperlukan

  • sesikat (anggaran..lagi banyak lagi sedap) pisang berangan (pisang lain pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 11/2 gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan air
  • sedikit butter untuk menggoreng
  • daun pandan sebagai pewangi

Cara Membuatnya

  • kupas kulit pisang dan sekiranya suka boleh belah dua pisang tersebut..(saya tak potong)
  • panaskan kuali dan letak 2 -3 sudu butter untuk menggoreng pisang dan goreng hingga garing..(kehitaman sedikit)
  • selesai menggoreng.. susun pisang2 tersebut dalam keadaan jarak2 di dalam loyang seperti gambar di bawah...
  • dalam kuali yang lain..masakkan susu cair, gula dan 1 sudu kecil esen vanila dan daun pandan..masak sehingga gula cair..
  • sebelum campurkan tepung kastard dalam kuali..campurkan air panas dalam tepung kastard dan kacau sehingga sebati (takde ketulan) dan masukkan dalam kuali tadi..
  • masukkan 2 cawan air (agak2) dan masak sehingga pekat likat..
  • tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk sekejap sebelum di masukkan dalam peti ais sebelum di makan.
boleh dijadikan pencuci mulut untuk berbuka puasa
makan sejuk baru sedap!!
baru nikmat!!
*terliur sudah!!*
selamat mencuba ye..dan selamat berbuka..


6 comments:

MimahAjil said... Reply Comment

tengok pun dah tau sedap...:)

eima said... Reply Comment

manis tak ni ... tp 1st time tgk puding cam ni tau

NM03 said... Reply Comment

mu kalu buat lagi, pos kat ngumah nekmah skit yeee. hahaha

Mimy Hamid said... Reply Comment

sedapnya menarik ni

Syima ~Mama Kyra~ said... Reply Comment

Wah..sedapnya!!! Bole try nt..tq share resepi :)

Aty_Fared said... Reply Comment

Cume nk carik pisang jer..ptg ni ley cube buat dah..:)