U Click Me...I Click U Back

Monday, July 1, 2013

Perut Kempis..

As salam..
Perut korang senang tak kempis lepas bersalin?
Aku alhamdulillah..sangat bersyukur..
Sebab perut takdela boncit sangat lepas bersalin..
Cuma tipula kan kalau kata bila dah ada anak perut ko kempis cam anak dara..*kesatairmata*

Memang stressed kan tengok perut tak sekempis masa jaman anak dara dulu..waaaaaa...sobs...sobs..
Sebenarnya ada banyak cara dan tips nak kempiskan perut selepas bersalin ni..
Aku bukan pakar ek..
Ni mood aku terlebih rajin nak kongsi ngan ko ko camne nak kempiskan perut k..
Sementara aku tengah rajin ni la nak share2kan?
Sharing is caring ko kata..ngeee


aku ambik dari majalah Pa&Ma Julai 2013


1) Susu Ibu - susukan anak sebaik sahaja selepas bersalin dan seterusnya sehingga 6 bulan dan penyusuan secara eksklusif dan sehingga 2 tahun. Nyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200-600 kalori sehari.

2) Bengkung - bagi yg bersalin secara normal bolehla berbengkung terus dan yang bersalin secara czer boleh memakainya selepas seminggu. Berbengkung dikatakan mampu membantu mengembalikan bentuk badan asal dan kempiskan perut.

3) Bertungku /Bertangas /Sauna - bertungku bertujuan untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala bertangas atau sauna mampu memecahkan lemak, angin dan air yang berlebihan dalam badan.

4) Pemakanan Sihat - wanita bersalin lemah dan letih. Anda perlu makan makanan berkhasiat dan seimbang bagi menambah tenaga dalam badan dan yang penting pastikan susu ibu mendapat khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi bagi mengelakkan masalah perut boncit dan menggeleber.

5) Aktiviti Kecergasan - senaman kardiovaskular dan abdonimal tertentu boleh bantu kempiskan perut. Selain itu, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mampu mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian perut. Bukan sahaja perut anda kempis, tetapi dapat membina.otot perut.

6) Postur Tubuh - memastikan kedudukan postur tubuh dalam keadaan yang betul. Duduk dalam keadaan tegak, berjalan dalam keadaan postur tegak (tidak membongkok).

7) Toksin Dalam Badan - baru tau.toksin dalam badan berkumpul di perut. Ini boleh menyebabkan masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Boleh ambil supplemen utk hilangkan toksin dalam badan dan lakukan proses detoksifikasi.

Selamat mengempiskan perut ye kekawan!!

posted from Bloggeroid

14 comments:

TeacherAzimah said... Reply Comment

Sy salah seorang yg berhdpn dgn mslh perut moncit ni. Mmg sentap! Tp sbb nak pregnant lg so rilex jer huhu... Doakan sy cpt 'berisi.' Ya rine :-)

RezalRehan said... Reply Comment

hehe...susah hati betul kan perut naik..mggeleber.huhu

http://rezalrehan.blogspot.com/

CikNaa said... Reply Comment

boleh tak nak cakap perut kite ni anak dara sampai ke beranak cenggitu la jgak.. hahaha..

eima said... Reply Comment

aku perut je naik part lain makin kecut ade la .. hahahha

cikpingu said... Reply Comment

mmg buncit... aduhaiii... xleh pki baju ketat ckit...

♥cikmOt♥ said... Reply Comment

nak jugak kempiskan perut...hurm...

BUNDA a.k.a KN said... Reply Comment

assalam,
salam ukhuwah dari bunda..

Asyifa Mustaffa said... Reply Comment

Stress tgk prut !

Arena said... Reply Comment

Salam,

Masa lepas bersalin sampai 4 bulan. Memang kempis jek perut. Sukerrr sangat. Pastuuuuuu tetiba dah naik. Sedey sobss..

huda said... Reply Comment

Hehe...seroonok bc tips ni...kalau cikgu nak lg kempis jom la singgah blog sy...sy pengedar shaklee..betul tips yg kt breastfeed boleh kuruskan badan..ramaimcustomer sy yg consume set menyusu shaklee...xkisah la trial or full...sume dpt balik brt badan zaman remaja...

Jom singgah hudakassim.blogspot.com

huda said... Reply Comment

Hehe...seroonok bc tips ni...kalau cikgu nak lg kempis jom la singgah blog sy...sy pengedar shaklee..betul tips yg kt breastfeed boleh kuruskan badan..ramaimcustomer sy yg consume set menyusu shaklee...xkisah la trial or full...sume dpt balik brt badan zaman remaja...

Jom singgah hudakassim.blogspot.com

Aty_Fared said... Reply Comment

Sy ni kurus kering..tp tang pewot..adeyyyhhh...sadis...hewhew....

Tina Othman said... Reply Comment

Hehe lepas bersalin kurus kejap sb baru lepas pantang kan, agaknya faktor bersalin dgn jaga dlm pantang pun main peranan kot kan, tapi lps pantang tak jaga gemok balik haha

Maria Firdz said... Reply Comment

Setuju yg pertama tu.. Mmg x smpt nk gemuk.. Mkn je kna sedut.. Mmg x smpat nk kmpul lemak kt bdn..