U Click Me...I Click U Back

Wednesday, July 10, 2013

Erra Dah Bertudung??



"Saya tidak dipaksa oleh pihak Desa Murni Batik untuk tampil dengan imej bertudung tetapi ini salah satu inisiatif saya sebagai dutanya sejak 2 tahun lalu. Malah, Desa Murni Batik bukan sahaja mengeluarkan kain-kain bercorak batik yang sesuai untuk dibuat baju tetapi mereka juga ada mengeluarkan tudung yang bercorak batik. Jadi sebagai lambang seorang duta saya sengaja berpakaian lengkap daripada butik ini.

"Namun, ianya permulaan langkah yang baik untuk saya. Mungkin saya belum benar-benar membuat keputusan untuk kekal bertudung sekarang tetapi InsyaAllah akan datang kerana saya juga cuba untuk jadi muslimah yang sempurna," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran cawangan baru butik tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.
"Ada orang bertudung mengikut musim iaitu seperti di bulan Ramadan sahaja atau sebagainya tetapi bagi saya, saya akan bertudung tetap bila saya benar-benar bersedia hendak bertudung.

"Keinginan untuk jadi muslimah yang sempurna itu ada tetapi biarlah kalau saya bertudung itu saya faham erti tudung dan kemudian mengikut syariat yang betul serta bukan sebab mahu berfesyen.

"Namun saya harap lebih ramai yang mendoakan yang terbaik untuk saya. InsyaAllah saya akan bertudung juga," jelasnya lagi yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Demi Cinta untuk Astro.



Bagi aku lawa sangat Erra bertudung..dan aku doakan semoga Allah membuka pintu hati Erra untuk cepat2 berhijab..amin..

10 comments:

::NureeN:: said... Reply Comment

semalam, dgr kat radio, era xciden kan.. msk bawah lori, tp nasib baik dia x teruk, juz kaki n tangan jer kot luka

NM02 said... Reply Comment

dia mmg lawa beb. pernah nmpk dia kat luar. muka dia lain dari dalam tv

Ayu Firzara said... Reply Comment

sis...nape saya tak jumpa blog sis dalam Bloglovin' ek...nak follow kat phone...lama dah tak bac blog sis sejak google reader takde nih...blog lain semua sy jumpa...

Nad MamaZN said... Reply Comment

Erra ni mmg cantek
Suka tgk dia

TeacherAzimah said... Reply Comment

Rine nak tau zaman muda dulu sy minat gila kat erra ni. Lagu dia...lakonan dia..semua sy follow hehehe...die hard fan kot! Dia mmg cun kan...ratu cantik ni.

LYAfrina said... Reply Comment

erra lbh cun bila btudung... mcm anak patung ... comel sgt..

salam ramadhan dr lya sekeluarga.. smoga sgala amalan kt diterimanya..amin

Uncle Lee said... Reply Comment

Hello Chegu, this coming to you from Canada. Bahasa saya sebelum Merdeka, but boleh faham 35% and enjoyed read your this posting.

Noticed you a chegu...
The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates.The great teacher inspites.
And The best teachers teaches from the heart, not from the book.
Wishing you selmat puasa, keep a song in your heart.
Lee.

Maria Firdz said... Reply Comment

Belum bertudung sepnuhnya tpi setahu sy mmg dia jadi duta tudung dan batik...

mizzura said... Reply Comment

suka tengok IG dia..bertudung mahupon tidak..erra mmg totally lawa..

PinKy MoMMa said... Reply Comment

moga makin ramai yang bertudung..sebab bertudung tu kan sangat manis.. :)