U Click Me...I Click U Back

Thursday, June 27, 2013

Resepi Spaghetti Bolognese

As salam..
dah lama dah aku masak spagetthi nih..
semuanya rekues dari anak2 la..
nak makan itu nak makan ini..
siap berzikir kat telinga aku ni..
hahaha..

aku masak ni masa aku demam malam tuh..
anak2 plak teringin nak makan spagetthi..
ala..bukan susah pun..
yang penting ada sos bolognese tu yang siap sedia..kan??
ada sikit daging..daging cincang lagi senang..
atau ada la bahan2 basah macam ayam ke sotong ke udang ke..
dah boleh masak spagetthi bolognese..


Bahan-bahan untuk memasak

* 1 paket spagetthi (jenama ikut suka)
* 1 tin sos bolognese tradisional (Preego / Leego)
* 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
* 4-5 batang sosej di potong ikut suka jugak (jenama ikut suka)
* 1 batang lobak merah di potong ikut suka
* 1 labu bawang india atau bawang biasa di potong dadu
* 2-3 ulas bawang putih di tumbuk halus (sekali dengan lada hitam)
* 1 sudu besar lada hitam (tumbuk sekali dengan bawang putih)
* sedikit sos cili 
* sedikit minyak untuk menumis (aku guna olive oil dak Aish)
* garam secukup rasa
* 2-3 cawan air ikut kepekatan yang kita nak

Cara-cara membuatnya

1) Rebus spagheti dengan air yang dididih yang dititikkan minyak supaya spagethi tak melekat dan rebus sampai lembut lebih kurang 6-7 minit
2) Dalam bekas yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih yang ditumbuk dengan lada hitam
3) Masukkan bawang india atau bawang besar dan tumis hingga kekuningan
4) Masukkan daging cincang dan biar bagi garing sedikit
5) Masukkan sos preego dan tuang air mengikut kepekatan yang kita nak.
6) Biarkan mendidih dan masukkan lobak merah atau apa2 sayur korang suka ek
7) Setelah mendidih masukkan pulak sosej (aku masuk lewat sebab sosej tak payah masak lama)
8) Masukkan sos cili dan garam secukupnya..
9) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dan dibedal..hik..hik..




SENANGKAN??

SELAMAT MENCUBA!!

9 comments:

Nad MamaZN said... Reply Comment

Sedapnya kak!
Nnt nak try buat la

Kakzakie said... Reply Comment

Senang ye memang senang cuma rajin atau malas aje kan.

eima said... Reply Comment

nanti nk try penah pun aku masak mende ni wlupun laki ai mmg fav ni

With Julia said... Reply Comment

Sedappppppppppp...cikgu azrine pandai masakkkkkkkk....sos prego x pernah rasa...mmg nk pi beli nanti...nak buat...tq tau kasi resepi yabedabeduuuuu

Lydia Miza said... Reply Comment

Nyum2.. Lama x buat.LM suka wat pedas2 konon tekak melayu. Tp masalahnya mkn byk mana pun mcm x kenyang. Haiyaaaa bahaya kan rine

Mimy Hamid said... Reply Comment

bolognese ni sedap makan tp rumah sy tu husben tak gemar..simpan berbulan la dlm peti ais..sy sorang makan

BUNDA a.k.a KN said... Reply Comment

salam ukhuwah dan salam jumaat dari bunda..

HaniShaklee said... Reply Comment

Salam jumaat,,
haa ni la bende yg xreti nak buat..dah buat tp xberapa sedap..failed betul..hehehe


http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/anda-mencari-vitamin-untuk-detox-or.html

Maria Firdz said... Reply Comment

Sedapnya.. Lma gak dh x msk spegahtii..