U Click Me...I Click U Back

Wednesday, December 5, 2012

Cerita Kak Cik Yaya Pulak

As salam..

asyik cerita pasal adik Aish je kan??

kesian Kak Cik Yaya..lama tak citer peel dia kat sini..

kalau pot pet2 memang kalah la saya..non stop okeh... asyik dengan bercakap je.. dan asal bercakap je mesti nak mula dengan ayat.."sebenarnya"..hahaha..entah apa yang sebenarnya pun tak tahu..

sekarang ada peel bangun pagi nak suruh Ummi dia mandikan.. dah tak nak mandi sendiri..dulu elok je mandi sendiri.. sekarang segalanya nak suruh buatkan.. nak suruh cebokkan mandi tu.. kalau tak layan.. makanya tak mandi la sampai tengah hari.. haihhh..kadang2 kita banyak benda nak kejarkan.. dia sibuk nak ajak mandi sekali..

makan pun kadang2 cenggitu...datang 'rajinnya'.. suruh kita suap.. suruh makan sendiri dah tak mo..kecuali semua orang makan sekali atas meja makan.. then baru dia nak makan sendiri..macam2 peel..hehehe..

ini budak tak boleh simpan rahsia.. habis semua dia canang kat abah dia.. kaki mengadu jugak nih..hahaha.. maka segala jenis rahsia..plez..jangan habaq kat dia.. hahaha

ada lagi peel terbaru.. nak kencing nak minum air semua kena berteman.. penakut tahap dewa si Kak Cik Yaya nih.. nak kata tengok citer seram ke takde plak.. tapi memang dah pesen cenggitu.. kata Abahnya.. "budak nakal memang penakut".. ye ke??

 Kak Cik Yaya with his youngest bro..sayang sangat kat adik dia..tiap2 hari mintak nak kiss adik..

walaupun Kak Cik Yaya makin nakal.. tapi Ummi tetap sayang Kak Cik.. cuma sejak ada Aish tumpuan terlebih kepada adiknya sebab masih kecikkan.. mujur ada abahnya yang rajin melayan..dan dia pun manja ngan abahnya banding dengan saya.. so takdela dia terasa sangat dengan saya..

mereka semua jantung hati saya...syukur alhamdulillah

********************************************

45 days of Aish Iskandar.."adik dah siap ni Ummi..jom kita gi jejalan"

*kemaruk*

3 comments:

mamyharraz said... Reply Comment

so sweet dua beradik ni.

TeacherAzimah said... Reply Comment

Wahhhh nak gi mana tu?? Nak ikut!!! Hahaha...

PoohGumux said... Reply Comment

peel k.cik sama cam anak sulong sy. sejak ada adik,mandi pun nk sy mandikan padahal sblm ni elok je mandi sorg. makan nk sy suapkan dia sambil tu bagi adik dia makan sama huhuhu