U Click Me...I Click U Back

Sunday, September 2, 2012

Ada Jugak Manusia Yang Busuk Hati Dengan Kerjaya Guru!!

As salam..

entry sentap tengah2 malam..huhu..

agak sentap jugak dengan entry dia nih...

sebab ada jugak orang cenggini dalam dunia.. seorang engineer (no offence) macam orang takde otak bercakap..punyala cetek pemikirannya.. padahal dia nih bukan orang yang belajar setakat sekolah menengah..(no offence once again) 

kenapala nak perdebatkan tentang kerjaya mulia seorang cikgu.. saya tak nafikan memang ada cikgu yang tak boleh diharap..saya sendiri pernah berhadapan dengan cikgu2 yang sebegini.. tapi yang saya agak pissed off ialah dia bercakap seolah2 telah  mengeneralisasikan semua cikgu2 dalam Malaysia ni camtuh..tak boleh blah weyhh!!

saya tahu cerita ni pun daripada kawan2 FB saya yang share link blog budak engineer ni..dan actually beberapa orang telah share jugak.. cuma 3 je saya rasa cukup kot untuk saya print screen dan attach kat sini..

saya bukan marah dia mengata cikgu2..tapi kalau nak mengata tu biala benda yang betul.. sebab saya rasa she were not in our shoes kot... so dia hanya nampak luaran sahaja kerjaya sebagai guru nih.. dia hanya nampak benda yang mudah dan senang je..dia tak tahu benda2 dalaman kerjaya guru nih.. dan kalau uols baca..semua benda yang dia kondem pasal cikgu.. menampakkan dia macam dengki plak kelebihan kami sebagai cikgu2 ni..

rezeki memasing...jangan dipertikaikan.. kalau kami hanya kerja separuh hari.. tapi bila balik ke rumah.. banyak kerja yang menyusul seperti menanda buku murid.. menyediakan lembaran kerja murid2.. menyediakan persediaan mengajar untuk esk dan hari seterusnya.. nak cerita panjang lebar pun tak guna kot.. sebab sapa yang menjadi cikgu je akan faham..

itu belum lagi masa minggu exam.. selepas tu terus tak menang tangan nak menanda kertas soalan.. mengisi markah online.. kadang2 line yang macam hampasgas tu kami tak kisah pun.. buat 1000 daya kami.. lepas tu mengisi markah dalam buku rekod (ADAB) murid2.. dan paling tak tahan kami jugak yang kena menjawab segala pertanyaan oleh ibu bapa tentang prestasi anak2 mereka..samada bertentang mata atau melalui sms atau talian..jenuh jugak kami.. 

kenapa kerja 1/2 hari tu yang kamu isukan sangat??

sedangkan sabtu ahad pun kami perlu ke sekolah.. memantau aktiviti ko murid2.. takde plak kami dibayar gaji lebih atau diberi OT..ada ke??

"cuti ujung tahun..gaji jalan.."

aik..kelakarla minah nih.. dah murid2 diberikan cuti.. kami pun cutila..tapi tak bermakna..kami cuti terus..kalau dipanggil bertugas.. bermesyuarat..atau berkursus.. kami WAJIB hadir.. tanpa kompromi.. dan tugas kami sebagai guru tak habis semasa cuti okeh.. kalau ada apa2 hal yang menyusul..kami perlu ke sekolah untuk menyelesaikannya..lagipun kami mana ada boleh cuti  sesuka hati jek semasa bertugas.. kalau tak mc jek yang senang...nak apply cuti pun tak boleh.. dan cuti rehat khas (CRK) yang hanya 7 hari tu sahaja hanya boleh diambil dengan syarat2 tertentu.. dan bukan hak kami pun.. ia adalah hak dan consent GB atau pengetua sekolah..

dan tahukah kamu...menurut kajian kerjaya guru ni la yang paling ramai yang mengidap stress.. darah tinggi segala bagai..kenapa??sendiri mau google daaaa...!!!

ohh..itu belum masuk guru2 yang mengajar murid2 tahun 1.. betapa besarnya pengorbanan mereka.. saya bercakap berdasarkan apa yang saya lihat..bukan bercakap kosong semata2.. mereka ini perlu melatih sebaiknya murid2 supaya semua boleh menguasai kemahiran 3M.. ada sesetengah murid tu yang disable (pendidikan khas) pun terpaksa mereka layan dalam kelas arus perdana.. demi memenuhi permintaan ibu bapa itu sendiri yang tidak mahu mengakui anak2 mereka sepatutnya ditempatkan di kelas khas..ada plak tu terpaksa membasuh berak dan kencing budak2 tahun 1 yang buat kuih atau terkucir di dalam kelas memasing.. tanpa merungut kerana dah get used dengan kejadian tidak diingini itu..wuwu.. 


"cikgu gaji tinggi...takpela.."

berapa banyak sangatla gaji kami ni.. nak dibandingkan dengan pekerja2 swasta di luar sana.. dan kalau nak dibandingkan gaji seorang engineer macam kamu..jauh panggang dari api.. so kenapa nak pertikaikan gaji kami banyak atau sedikit...semua tu rezeki daripada Allah..dan gaji kami mengikut berapa lama servis kami dalam gov.. lagi lama lagi banyakla gajinya.. kalau nak ikutkan gaji guru baru starting tak sampai 2k pun.. tanpa elaun yer..saya penah rasa hazabnya gaji sikit masa mula2 masuk jadi guru dan perlu menyara 3 orang anak..dengan Mr Hubby yang gaji tak menentu masa tuh.. wuwu

alhamdulillah..those cikgu yang ada ijazah lebih bernasib baik daripada cikgu2 baru yang masih belum ada ijazah.. rezeki memasing.. dan perlula usaha lebih bagi mendapatkan ijazah.. berbaloi la dengan apa yang kami dah kecapi.. takkan pemegang ijazah nak dapat gaji 1k kot??agak2la..



Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

 

 kalau kamu pertikaikan kerjaya guru kami.. samala kamu pertikaikan tugas Rasulullah s.a.w yang diutuskan oleh ALLAH s.w.t sebagai guru untuk mengajar manusia ilmu yang benar iaitu ilmu yang Allah wahyukan kepada beliau untuk menjadikan manusia ini baik di sisi Allah.. sama juga dengan guru2 seperti kami.. yang bukan sahaja mengajar mereka tentang ilmu duniawi..tapi insyaAllah.. mendidik mereka menjadi insan yang berguna dunia akhirat juga..insyaAllah..walaupun bukan semua cikgu2 sebegitu..nauzubillah.. mintak dijauhkan dari saya.. amin

kalau nak cerita pasal pertikaian kamu..sampai esk pun tak habis saya menaip.. 

sapa2 yang rasa nak baca entry yang dibuat oleh dia ni,..klik SINI

memang sentaptahaptakbolehblah okeh!!saya tak tahu apa ntah yang merasuk minah ni sampai cakap benda2 yang tak logik yang dia sendiri tak tau pun..wuwu

nila blog si dia yang dah ditutup katanya..tapi masih boleh membaca entrynya di link yang saya bagi di atas..

p/s : Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru.  Kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat.  Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.

18 comments:

MRS. K said... Reply Comment

Sabar yang.. Kang ade yg bersalin mlm ni hehe

qasehraihan said... Reply Comment
This comment has been removed by the author.
CikMai said... Reply Comment

budak2 skolah pun semakin ramai tak hormat cikgu.sedih keadaan mcm ni..

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@MRS. K

rasanya ni entry dah cukup sabar dah saya karang..hehehhe

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@qasehraihan

jom sesama kita sentap..hehehe

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@CikMai

alhamdulillah..macam akak berada di sekolah rendah.. murid2 masih terkawal lagi.. ada je la 2-3 yang kurang jugak..perkara biasa la tuh..

etiey.com said... Reply Comment

Statementnya mmg berani dan ada baca komennya di blog... Pd saya mcm takbur pn ada dgn kerjaya beliau skrg... Wanauzubillah. Tuhan dah tentukan yg tbaik utk kita

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@etiey.com

dia dah rasa takut kot dan dah tutup blog dia..wuwu

ummiarissa said... Reply Comment

saya dah baca..memang sangat sakit hati...suami sayajuga seorang guru,saya tahu susah payah menjadi seorang guru...gaji waktu mula-mula saya kahwin dengan suami tak sampai seribupun(16 tahun lepas).Tapi masih tidak menukar kerjaya.Hampir tiada masa untuk keluarga kerana menguruskan hal2 berkaitan sekolah...sila berfikir dengan tenang wahai mereka yang cuba menghina kerjaya guru ni...

Nad @ MamaZN said... Reply Comment

die dh tutup blog die ek?
macam2 hal la...
tak pandai nak menghargai susah payah jerih perih seorg guru...
hmmm
sabar je la byk2...
ada sorang jek cam dia, lagi ramai yg masih menghargai guru2 yg ibarat lilin ni...

p/s: tu baru die kecoh pasal cikgu2..kalu die bandingkan dgn seorg surirumahtangga, lagi bergelen2 kot caci maci dia sbg seorg engineer tu, huhu!

Asmara said... Reply Comment

saya dah baca. tp rasanya dia taklah menghina sgt keje cikgu. maybe dia jeles kot pasal keje yg separuh hari tu. hihi.. saya syg cikgu2 saya. susur galur saya dari atuk nenek, ayah, adik2, suami, sedara mara ramainyaaaa cikgu/pengajar dlm keluarga saya! :D

mama tisya said... Reply Comment

dh bc smlm member fb share..mmg tk patut la die wt entry camgitu

PUANSTOBERI said... Reply Comment

Oh...2 hari tak bkk blog, tatau pula ada kisah hot hot ni yer.
Saya penah jadi cikgu. Setahun. Sekolah rendah. Biasala.. dulu kan byk GSTT.
Senang tak senang la. Sbb tetiba kena jadi guru kelas plak (padahal GSTT ja kan),pehtu byk lak subject kena ajar. Maths, BM, Lukisan n PJ (haha..multitasking jap)

So, lps dpt keja tetap - masuk keja govt ni, sy tak terpikir nak buat KPLI lagi dah (sblm tu mmg ingat nak jadi cikgu ja). Biar lah saya teruskan keja 8 to 5 ni. Walo pada mata kasar napak senang jadi cikgu, tp cuba lah. Paling saya rasa cikgu adalah orang yg paling mulia dan bersabar - dari mula keja smpai pencen, buat menda yg sama. Tak seme rasanya mampu buat menda tu. Jadi, berbaloi lah keja half day ke gaji byk ke.

Eh, terpanjang pula. Sori yer Cikgu.. ngeee... almaklum lah, kami 5 beradik, saya sorang je tercampak tak jadi cikgu... :P

TeacherAzimah said... Reply Comment

wuwuwuwuwu minah ni tak penah sekolah x penah ada cikgu ke??? saper yg mengajar dia jadi pandai smpi blh jd engineer ni??? wei tu zaman bila punya cikgu kerja separuh hari??? aku ni hari2 balik umah kul 5pm apa cer???? parah wei ngajar sbp, gaji sama jugak xde beza pun. ni klu dpt jumpa minah ni sedap ni...(perghhhh panas hati kan??)

Dkna Abza said... Reply Comment

kesian kat dia kan..mungkin dia lupa dulu dari cikgu gak la dia pandai membaca :)

Nana said... Reply Comment

em..saya paham situasi keje seorang guru
sebab dalam keluarga sangat ramai jadi guru
pakcik makcik
kakak, abg ipar
dapat tgk mcm mana keje diorang sebenar
kata je cuti skolah keje melambak
bawa balik ketas periksa tlg right
kenkadang kita tlg dia semak kertas periksa budak
mana nak siapkkan kertas soklan periksa
mmg banyak keje cikgu ni
wlpon keje dia bukan ikut time pejabat tp keje lg banyak dr org keje pejabat

eima said... Reply Comment

aku pun amarah jugak sbb among my family ramai jugak yg jd cekgu dan im working with mostly a GURU ...n my boss also a DG .... kerja cekgu paling mulia...
takannye kite ade tempat sekarang klu tak kerana jasa sorg guru

Lizan said... Reply Comment

budak liyana ni memang nak kena cepuk ni.. berlagak gila memang rasa nak pelangkung dengan senduk gulai aku yang berat tu.. esok2 anak dia tuh suruh ajar sendiri kat rumah .. sibuk sangat nak carik pasal dengan cikgu2.. chekgu azrine... SABARRRRRRRR..... dia dah tutup blog tu sebab tau dia bersalah la tu... memang dasar kan... !