U Click Me...I Click U Back

Thursday, August 2, 2012

Roti Sardin Roll Yang Mudah dan Cepat!!

As salam..

ni actually menu berbuka yang dah basi dah.. hhaaha

buat last weekend.. tapi takdan dan tempek kat sini...

ala..benda yang senang je pun.. simple resepi je saya buat..

yang lecehnya nak kena masak dulu inti sardin untuk digulung dengan roti tuh..

 ini adalah hasilnya yang sudah diletak intinya.. tepi dia saya buang sebab akan kelihatan lebih menarik..kononnya.. hehehe


Resepi Roti Sardin Roll - copy dari resepi CIKTOM

tapi saya ada derhaka sikit k.. sebab saya nak lebih cepat dan mudah.. hehehe

  • 1 tin kecil tin sardin (jenama ikut suka)
  • 1 labu bawang besar (dipotong)
  • 4 biji cili padi (dihiris)
  • 5 keping roti (jenama ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis dan mengoreng

Cara-cara masak

 a) Cara masak inti sardin bagi roti sardin gulung


1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dipotong sehingga naik bau.
2. Keluarkan sardin dari tin dan asingkan tulang.(supaya takde kes tercekik tulang ikan)
3. Masukkan sardin dan cili padi ke dalam kuali dan gaulkan sehingga hancur.
4. Siap untuk dibuat inti roti sardin gulung.

b) Cara buat kulit roti sardin gulung

1. Ambil roti sandwich dan gelek/ lenyek (guna penggulung erk) sehingga menjadi mampat dan nipis.
**Sila pastikan roti tu betul-betul mampat untuk mengelakkan minyak banyak diserap ketika mengoreng.

2. Isikan roti dengan inti sardin yang telah dimasak.
**selain sardin, intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

3. Selepas masukkan inti, gulungkan roti dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum (gandum+air) atau telur bagi gam/ lekat gulungan itu supaya tidak terbuka ketika mengoreng.
4. Untuk lapisan luar roti yang telah digulung tu ada 3 cara yang korang boleh guna iaitu samada celup roti dengan telur kemudian goreng/ celup telur kemudian golek dengan serbuk roti dan goreng/ goreng roti tu begitu sahaja.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

TADAAAA...





sedap sehingga menjilat pinggan..hahaha..*itu tipu okeh*

resepi paling senangkan??

SELAMAT MENCUBA!!


6 comments:

MRS. K said... Reply Comment

klu roti sardin memang takleh masuk tekak.. saya boleh makan sambal sardin dengan nasik je.. ehehhe

Zie said... Reply Comment

boleh try ni... memang suka roti ni

milasharmila said... Reply Comment

sedap nyeeee,,, kwn sya pernah buat roti sardin niee.. sya xpnh tfikir nk buat pun.. tp tgk entry nie trus nk buat utk buka puasa esok.. hee nice sharing.. :)

Asmara said... Reply Comment

sodap! tp kdg tak best bila roti goreng byk serap minyak. tp nmpk sedap sgt nih. ;D

Hanim Taha said... Reply Comment

Memang sedap..

Hidayat Zul said... Reply Comment

pakai enti ayam pon sodap jugak..