U Click Me...I Click U Back

Friday, August 10, 2012

16, 17 Ogos Cuti Berganti Persekolahan Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.

Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan, Jumaat.

"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.

Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 Sept manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 Sept.

-- BERNAMA


yeayyy...!!!!!alhamdulillah..at least dapatla cuti lebihan utk balance bershoppink..erk??

1 comment:

♥cikmOt♥ said... Reply Comment

harap2 tak jem jalan nanti...hehehe...

bestlah cekgu...dah stat cuti khamis ni...