U Click Me...I Click U Back

Sunday, July 8, 2012

Ratu Rock Ella Selamat Dinikahkan..


Malam tadi, Ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun telah pun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan hanya sekali lafaz. Ella telah menerima wang hantaran sebanyak RM50,300 beserta tujuh dulang hantaran. Sebelum pernikahan, mereka berdua telah ditunangkan terlebih dahulu.


Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang. Seramai 300 tetamu telah pun dijemput ke majlis serba sederhana ini.
 

Ella dan Azhar nampak sama cantik sama padan dengan pakaian rekaan Saiful Baharim. Jutaan tahniah diucapkan kepada Ella yang kini sudah pun bergelar isteri orang
 

Tahniah untuk Ella dan Azhar.. semoga berkekalan sehingga hujung nyawa...amin

sumber : SINI

1 comment:

Ardini Humaira said... Reply Comment

rambut dia tu haaa mesti wat gaya gtu hehe