U Click Me...I Click U Back

Monday, June 18, 2012

Dejavu Di Kinabalu Selepas Seindah Sakura


Drama Dejavu Di Kinabalu akan mengisi Slot Akasia TV3 mulai 18 Jun 2012 menggantikan drama Seindah Sakura yang baru sahaja berakhir. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan sutradara yang disegani, Eirma Fatima merangkap penulis skrip.

tak sabar nak menontonnya.. kompem best citer ni..ala2 drama Korea feelingnya.. hehehe

Sipnosis Dejavu di Kinabalu

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya. Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.

Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah?

mari sama2 kita saksikan erk.. tak sabar dah nih..

12 comments:

cik fara said... Reply Comment

sekali baca sinopsis macam cerita korea dulu. Summer Scent. http://en.wikipedia.org/wiki/Summer_Scent

penah tengok cite korea ni, tapi nak tengok gak drama kinabalu ni petang kang..nak tengok aqasha. :P

nur anis said... Reply Comment

nak tengok lah balik ni..

Cik Anita said... Reply Comment

oke wajib tengok petang nih!!

Izan Ishak said... Reply Comment

cam best je citer nih..

Myra Jay said... Reply Comment

Semalam tengok gak Drama ni, sweet sangat Nadira ngan Ammar ;)

Ezna said... Reply Comment

sekali tgk citer ni kena lekat depan TV la nampaknya.....

Ardini Humaira said... Reply Comment

gara2 crita ni terus dni download lagu butterfly hehe

mrs kayrul said... Reply Comment

macam best jer jalan citernya tapi semalam boleh plak terlupa nak tengok

Anonymous said... Reply Comment

citer ni sama dgn citer korea..summer scent tajuk nya.Klu x caya try tgk

Anonymous said... Reply Comment

saya memang minat kat aqasha....smpi nama anak pn bubuh aqasha...nasib baik bukan letak aaron..hahaha..apapun certa ni nmpk menarik dan yg best shooting kat sabah...negeri kelahiran....Ok Bah kalau kau!!!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

sbb ada aqasha..saya gagahkan diri tgk.haha.tak minat heroin tp minat sgt sgt hero dia

Dania Eryati said... Reply Comment

sy mohon keizinan dr cikgu azrine nak guna gambar n sinopsis kat sini...tapi sy dah letak link cikgu pun..eheheheh..salam perkenalan ya