U Click Me...I Click U Back

Friday, January 13, 2012

Watie (Elite) & Joey Sudah Lama Nikah

As salam..

kami guru2 di SKTM 2 takde la terkejut pung sebab dah tahu dari anak watie elite sendiri yang Joey dan Watie dah bernikah lama dah.. dari tahun 2011 lagi.. 

wartawan je takmo tanya kami...hik..hik.. hehehe





PETALING JAYA: Ketika orang tertanya-tanya sejauh manakah hubungan pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dengan Zulkifli Daud (Joey), 38, pasangan tersebut rupa-rupanya dilaporkan sudah berumah tangga dalam diam.

mStar Online dimaklumkan mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat masing-masing pada hujung tahun lalu.

Watie yang dihubungi bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut.

"Saya tidak boleh mengiakan atau menafikan tentang status hubungan saya dan Joey. Mungkin kami akan membuat satu sidang media khas pada bulan depan berkaitan hal itu.

"Kami mahu keadaan 'panas' yang pernah dilalui Joey pada tahun lalu reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan kami dijelaskan kepada umum.

"Lagipun saya perlu meminta izin daripadanya (Joey) sebelum membuat sebarang kenyataan. Maklumlah, sekarang ini kami sudah 'berdua'," katanya.

Tambah Watie, dia akan mencari tarikh sesuai untuk membuat pengumuman tersebut sebelum Joey sibuk dengan aktiviti konsert jelajah bersama kumpulan Exist tidak lama lagi.

Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir.

Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu.

Begitu juga dengan Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu.

Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

Sementara itu, kata Watie, dia bersyukur, walaupun terpaksa berdepan dengan kontroversi, kerjaya lakonannya masih lagi tidak terjejas.

"Alhamdulillah, sejak tahun lalu hingga sekarang, tawaran lakonan yang saya terima tidak putus-putus. Cuma, kerjaya Joey yang menerima kesan yang banyak.

"Bagaimanapun, saya berharap, tahun 2012 memberi satu sinaran buat kami agar bahagia dan serta menjadi pembuka rezeki untuk kami sekeluarga," ujarnya.

sumber : mStar Online

*takpela..yang penting dorang nikahkan.. selamat pengantin lama kepada Joey dan Watie Elite*

8 comments:

akuamir said... Reply Comment

nikah oke la kan... :D

Teratak Hami said... Reply Comment

semua nak buat sidang media .. ntah apa2 la .. benda baik, bagitau jelah. Ni yg menyampah dgn artis ni, carik publisiti murahan.

Reena said... Reply Comment

anak die skolah kt akk ek? huhuh

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@aku amir - alhamdulillah..

@Teratak Hami - biasala artis gitu.. hehehe

@Reena - yup...hampir everyday nengok muka watie elite..hehehe..tp dia baik tak sombong lgsng

Nana said... Reply Comment

owh dah kawen ek
bagus la..
wah cikgu tau dulu ni hehe
apa ntah wartawan
tak leh korek rahsia hehee

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@Nana - hehehe...cikgu2 pun sekali sekala wartawan gak Nana.. hahaha

Tina Othman said... Reply Comment

brp umur anak watie tu? patut selalu nampak dia tulis kat fb, hubby merujuk pada si joey tu

psst lawa tak watie ni? hehe

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@Tina Othman - anak dia tahun dua tahun ni.. lawa jugak..muka dia sweet and tinggi lampai orangnya...sexy gitu..