U Click Me...I Click U Back

Tuesday, January 10, 2012

Tembak Menembak di LRT Taman Melati | Scary | Dekat Kawasan Rumah Saya Tuh!!



KUALA LUMPUR 10 Jan. - Satu kejadian tembak menembak telah berlaku di perkarangan Stesen LRT Putra Jalan Melati melibatkan 3 individu dan pihak polis.

Insiden pada jam sekitar 2:30 petang itu didakwa berpunca daripada insiden rompakan di perkarangan Carrefour Wangsa Maju dan pergelutan tersebut berakhir berakhir setelah ketiga-tiga penjenayah tersebut berjaya melepaskan diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pihak polis kembali menemui semula ketiga-tiga suspek berkenaan setelah menerima panggilan telefon mengenai insiden kemalangan di hadapan Stesen Putra LRT Taman Melati melibatkan pihak penjenayah yang menaiki Kereta Proton Putra dan sebuah kereta Honda Vios.

Dua daripada tiga penjenayah tersebut mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan dari pihak polis manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

Mereka yang mati masing-masing berumur 35 dan 45 tahun. Namun seorang lagi suspek penjenayah berjaya melarikan diri dan didakwa memiliki senjata (pistol). Polis menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar (Wangsa Maju)  mengambil langkah berjaga-jaga.

Pihak polis telah mengenalpasti salah seorang daripada suspek 12 rekod jenayah melibatkan ketiga-tiga individu terbabit merangkumi 5 rekod jenayah di Kuala Lumpur dan juga Kelantan.

sumber : KL Pos

7 comments:

Kalamhati said... Reply Comment

huhu ngerinya..

Syarih said... Reply Comment

Dunia semakin banyak jenayah...ngeri rasanya tembak menembak nih..

eiela said... Reply Comment

takutnya,,bahaya la orang sekarang nih

Reena said... Reply Comment

dekat nye ...sy dok sri gombak...

Mrs.Qarlista said... Reply Comment

alamak risaunye..husband nad dok area tu..nad pun kalau gi kl selalu shopping barang dapur kat K4 tu..wuwu..bahaya..macam tak selamat je..

Zainur said... Reply Comment

Teringat Taman Melawati. Mudah2an kita semua dilindungi dr situasi mcmni kan...

~izan~ said... Reply Comment

menakutkan..harap2 cepat la tangkap yg terlepas tu...