U Click Me...I Click U Back

Monday, January 2, 2012

Tahniah Kepada Izreen Azmida dan Sherie Merlis

 As salam..


Sherie Merlis dan pasangannya yang juga penyanyi kumpulan Gabba Gabba, Ash sah bergelar suami isteri. Pasangan berbeza usia hampir 10 tahun itu dinikahkan sendiri oleh bapa pelakon itu, Wan Zainal Abidin Wan Kassim di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota di sini, hari ini. Dengan mas kahwin RM200 dan dua kali lafaz, Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, 29, bergelar suami kepada Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal, 39.


Pelakon drama Tentang Dhia, Izreen Azminda Aznam, 27, hari ini selamat ditunangkan dengan seorang jurukamera bebas, Muhd. Riza Baharudin, 29, pada satu majlis di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar di sini. Izreen Azminda yang anggun mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna merah jambu menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian daripada tunangnya itu.

Upacara menyarungkan cincin disempurnakan oleh ibu Muhd. Riza, Zainon Baba sambil disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk melangsungkan majlis perkahwinan pelakon dan jurukamera itu selepas Hari Raya Aidilfitri sekitar Ogos nanti manakala wang hantaran ditetapkan RM19,001 dan mas kahwin RM999.


TAHNIAH TO BOTH OF THEM.. SEMOGA BERKEKALAN HENDAKNYA...

5 comments:

Niza Romli said... Reply Comment

semoga berkekalan :)

CikMai said... Reply Comment

best nye .haha.. moga berkekalan .

lieynanilaz said... Reply Comment

tahniah...semoga berkekalan....:)

Pen Biru said... Reply Comment

doakan mereka bahagia..sherie merlis pun dah lama menjanda, syukurlah bertemu jodoh akhirnya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

tahniah sherie merlis...gembira dgr berita ni