U Click Me...I Click U Back

Wednesday, January 4, 2012

Ibu Amalina Che Bakri Memberi Penjelasan

rentetan daripada berita SINI..

"Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu"

Menurut beliau lagi anaknya masih cemerlang dan kini sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah buku perubatan dan kini Nur Amalina sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK. Beliau juga dijangka akan menamatkan pengajian pada Mei ini.

Beliau berkata anaknya telah menghubunginya melalui “Skype” dan menurutnya Amalina sudah lali dengan tomahan begini kerana ianya bukan kali pertama perkara ini terjadi. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

sumber: Berita Harian

*semoga Amalina diberi kekuatan untuk meneruskan pengajiannya di UK..amin*

3 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

hati ibu...

ainnoraini said... Reply Comment

Ada jugak baca kat paper...mintak2 jauhkan benda yg tak baikkann...

Cik Anita said... Reply Comment

apa pun Ibu nakkan yang terbaik utk si anak..