U Click Me...I Click U Back

Tuesday, January 3, 2012

Drama Gemersik Kalbu Adaptasi Novel Anis Ayuni


adaptasi daripada novel Gemersik Kalbu oleh Anis Ayuni
sinopsis..

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.
Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.


cerita ni aku dah baca novelnya.. memang sedapla..mampu tak drama ini menandingi drama Tentang Dhia.. jom sama2 tunggu depan tv erk!!

5 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

wahh ada aqasha

Chekgu Azrine said... Reply Comment

suka aqasha erk LM??

Tina Othman said... Reply Comment

aha baru je beli buku ni & tgh baca, nak tgk cerita tv takde lah kot

Kak Sam said... Reply Comment

ada lagi tak buku ni kat kedai

ReeneeRaaid said... Reply Comment

owh, mcm tu ke citer dia.. huhu! sy dr dulu tak minat baca novel.