U Click Me...I Click U Back

Monday, January 9, 2012

Cuba Resepi Nih | Masak Lemak Tumis Udang

As salam..

selalunya kamu orang masak lemak takde tumis2kan..??

saya pun selalunya buat camtu la..

tapi ada jugak cara yang sedap dan harum untuk memasak lemak kuning.. tak kisahlah.. masak dengan ikan ke.. ayam ke.. udang ke.. sotong ke.. semuanya sedap.. bolehla cuba..


Bahan-bahan Untuk Memasak

Bahan A
  •  bawang kecik 3 ulas dipotong halus *saya guna bawang besar jek*
  •  bawang putih 2 ulas dipotong halus
  • cili hidup dipotong kecil
  • 4-5 biji cili api *tambah lagi untuk pedas*
  • 1 inci lengkuas
  • i inci kunyit hidup 
  • 1-2 tangkai serai dititik
  • 2 sudu serbuk kunyit 
  • sedikit minyak untuk menumis
 Bahan B
  • 2 cawan pati santan
  • 2 cawan air
  • timun dipotong kecil secara panjang
  • 10-15 ekor udang / ikan kerisi / udang

Cara Membuatnya
  •  Panaskan minyak
  • tumis kesemua Bahan A dan masukkan serbuk kunyit kemudian..
  • tunggu sampai naik bau harum dan tuang santan pekat dan air
  • tunggu sampai sedikit mendidih dan letak timun dan udang.. jangan berhenti mengacau supaya ia tidak pecah minyak.. 
  • bila udang menjadi sedikit oren.. tutup api dan sedia dihidangkan

bolehla mencuba erk.. kalau buat dengan ikan.. gunakan ikan kerisi.. goreng dulu ikan kerisi tersebut..jangan bagi garing sangat.. biasa2 aje..
SELAMAT MENCUBA!!

6 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Reply Comment

dlm peti ada udang..yeay nk buat resipi nih!!

Chekgu Azrine said... Reply Comment

selamat mencuba Rina..hehehe..

Kathy Tuah said... Reply Comment

kalau sy, sy letak belacan sikit..hehe..apa2 pun masak lemak tumis mcm ni mmg sedap!

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@Kathy Tuah - ye ke??tryla nanti..

Ijah EmoTemo said... Reply Comment

aishh mesti sedap ni hehehehe

adyna said... Reply Comment

memang plan nak buat msk lemak nie.. :)