U Click Me...I Click U Back

Wednesday, December 14, 2011

RA-ONE | Must Watch Movie!!

As salam..

kalau sesapa yang tahu saya takde la giler sangat nak layan filem Hindi tapi kalau Shahrukh Khan (SK) yang berlakon.. tetiba saya jadi giler nak tengok.. hahaha

actually dah lama usha filem RA-ONE ni... sebab tahu SK yang berlakon tapi tak dapat nak nengok kat wayang sebab kekangan waktu.. dan Mr Hubby manusia yang paling payah kot nak ajak tengok wayang..

okeh2..cukup mukadimah panjang berjela..

meh nak citer pasal RA-ONE..adalah khatam 5 kali kot.. sebab dok ulang tuh je kat channel astro first 490.. bukan free erk.. kena BAYO!!RM 15 hengget untuk 48 jam.. tengokla ko sampai muntah hijo!!


cerita dia memang terbaik la.. saya bagi 9.5/10.. memang best dan terbaek.. and kalau uols nak tengok SK berlakon jadi superhero.. dan jadi sikit2 robot dan lurus.. harus tonton filem nih.. sesapa nak cuba subscribe pun boleh.. sebab konfem tak rugi.. macam saya.. anak2 lebihnya tengok dari saya.. hehehe..sebab cerita dia ada unsur2 kelakar..tergelak je most of the time..:-)

mari kita citer pasal watak2 dalam filem nih..

SK as a Shekar Subramaniam

watak SK sebagai Shekar memang sesuai sangat.. Shekar ialah seorang pereka permainan komputer yang berbangsa Tamil dan merupakan bapa kepada Prateek. Shekar mempunyai hubungan yang agak regang dengan anak lelakinya Prateek kerana Prateek tidak bersetuju dengan permainan komputer yang direka oleh bapanya atas sebab Prateek mahukan superhero yang jahat menjadi juara berbanding dengan superhero yang baik...dan bapanya tidak bersetuju.. tetapi pada malam hari jadi Prateek.. bapanya telah menghadiahkan satu permainan superhero yang memenuhi citarasa Prateek dan menjadikan RA-ONE superhero yang jahat sebagai HERO..

Kareena Kapoor as a Sonia Subramaniam


isteri kepada Shekar Subramaniam dan merupakan isteri yang baik dan sentiasa menyayangi Shekar dan sentiasa menyokong Shekar di belakang...

Armaans as a Prateek


inilah watak anak SK dalam filem ni.. selalu aje berselisih faham dengan bapanya..

Arjun Rampal as a RA-ONE

inilah watak disebalik superhero RA-ONE..sangat jahat okeh.. siap keluar daripada permainan untuk bunuh anak Shekar iaitu Prateek...


Shahrukh Khan as a G-ONE


SK juga melakonkan watak sebagai G-ONE.. superhero baik yang akan menyelamatkan anak Shekar daripada dibunuh oleh RA-ONE.. SK semasa melakonkan watak sebagai superhero G-ONE.. mata dia siap warna biru lagi.. hahaha.. memang handsome dowhhh..!!!

dalam filerm ni watak Shekar mati di awal filem kerana dibunuh oleh RA-ONE sebab mencari LUCIFER watak mainan yang dipakai oleh anak Shekar.. Prateek.. di dalam game yang dicipta oleh Shekar..dalam game tersebut Prateek telah menggunakan nama samaran sebagai LUCIFER dan menghentikan permainan di tengah jalan dan RA-ONE menjadi marah dan cuba keluar mencari Prateek (LUCIFER) dan G-ONE muncul untuk menyelamatkan Prateek..

kalau nak tahu lebih lanjut.. uols kena tengok sendiri.. even CIK EPAL pun cakap sedap citer nih dan buat review jugak.. tapi CIK EPAL tengok wayang la...hehehe...

thanks for reading and dropping by...

4 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

alala..SK..lama tak tgk dia berlakon

Tina Othman said... Reply Comment

lama tak layan hindustan, rasa teringinlah pulak nak tgk srk hihi

Izan Ishak said... Reply Comment

ada jugak ushar en hubby nak tgk kat astro first... sampai skrg blm ada jawapan.

bila akak buat review ni haruslah ckp citer ni best sgt!

hakak CNN said... Reply Comment

macam best jerk citer nehhh..ader gak usha kat astro first tuhari..ingat wekend neh baru nk ambik..lamer sikittt boleh layann..kalau weekday macam takder maser pulakkk...hehehe