U Click Me...I Click U Back

Wednesday, December 14, 2011

Perlukah Curang??

As salam..

entry santai malam Rabu.. belum malam Khamis erk.. ehem..ehem.. 

pernahkah kamu2 semua terfikir untuk curang??

kalau tanya saya.. nauzubillah... mintak simpang jadi kat saya.. bukan apa.. saya nakkan cabaran2 yang lain daripada kecurangan..tak kisahla.. cabaran dari segi financial pun saya dah alami masa saya belajar di UPSI dulu..

Apakah maksud CURANG??

Merujuk daripada pembacaan saya.. curang adalah menghancurkan kepercayaan dan jika kita hanya fokus kepada perhubungan cinta yg berlandaskan kejujuran dan kepercayaan sepenuh masa, tidak mustahil untuk pasangan anda curang.

mengutip daripada pengalaman saya semasa belajar di UiTM dulu.. masa tu saya belum ada apa2 ikatan dengan Mr Hubby saya sekarang.. adalah sorang Mamat tu nak berkenalan dengan saya.. dan nak berjumpa di luar.. konon2 nak ajak saya dating kot.. saya terus cakap kat dia.. yang saya sudah pun menjadi tunangan orang.. di situ saya dah mensecurekan diri saya sendiri.. dan selepas itu si Mamat ni dah tak cuba2 nak ajak saya keluar..hehehe

Selain itu, perhatian yang lebih daripada pasangan kita terhadap kita juga bagi saya penting sebab kalau kita biar je awek kita atau tunang kita atau pun isteri kita buat apa je tanpa mengambil tahu pun tak boleh jugak.. kena juga ada istilah 'mengongkong' sedikit pasangan kita..dan ambil tahu saje kemana dia pergi.. dia pergi ngan sapa..yup.. saya tahu ada segelintir perempuan di luar sana rimas kalau kena kongkongkan?? tapi percayalah demi sebuah hubungan yang berkekalan.. dan supaya tidak timbul isu orang ketiga.. maka kita sebagai pasangan perlu jugak 'mengongkong' sedikit pasangan kita tadi.. insyaAllah.. bukan mengongkong bagai nak rak ye..

Ketiga, please jangan suka melayan lelaki / perempuan lain melalui sms.. memang perbuatan ini pada mulanya boleh dianggap.."ala..kawan2 jek.. bukan selalu...bukan suka pun"..tapi yang kawan2 yang sekejap2 tu boleh drag atau berlarutan menjadi 'suka'.. saya mempunyai ramai kawan yang terlibat dengan kes2 sebegini.. melayan lelaki lain dan terus tersuka..maka berlakunya curang.. kalau  masih jadi GF takpela jugak.. kalau dah jadi isteri orang??NAUZUBILLAH...

cukupla kot 3 tips yang boleh dikongsi di sini.. bukan pakar pun.. bercakap atas pengalaman dan alhamdulillah.. dah 13 tahun berkahwin.. itulah yang kami pegang .. dan ada banyak lagi.. tak sempat untuk dikongsi di sini.. might be in another entry.. insyaAllah..

sekadar entry penutup malam Rabu..semoga sentiasa SETIA dengan pasangan masing2:-)

thanks for reading and dropping by..

6 comments:

Reena said... Reply Comment

da 13 thun kwin??? fuyooohh...
sy x pernah rse terkongkong...wlaupun da byk kli b'cinta..

bes ar tgk akk...beljar smpai dgree, smpai da jd cikgu...tp sume lps da kwin..pengalaman 10 dlm 1 bg sy.. :))

░♥si lampu neon♥░ said... Reply Comment

alhamdulillah ... semoga kekal hingga ke akhirnya =) nnt bg banyak tips lg ye

Izan Ishak said... Reply Comment

saya suka yg no 2... perhatian pada pasangan tu sgt penting. biarlah org nak kata kita 'kongkong' pasangan atau apa. sbb kawan saya sendiri husband dia bagi isteri dia kuar ngan kawan2 lelaki tanpa sebarang halangan. sudahnya kwn saya cerita mmg dia pernah terlanjur dgn 'boyfriend' sbb tak dilayan dgn suami sendiri.

Teratak Hami said... Reply Comment

Nauzubillah mintak dijauhkan dari kita semua.... pasangan mesti saling percaya, hormat-menghormati antara satu sama lain.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

cikgu rine...percaya tak?mengikut kajian rakan baik aka sahabat suami atau isteri yg berlainan jantina adalah antara yg parlu diawasi krn mungkin dia adalah skandal pasangan kita...kan?mana tau ada pula bersahabat ngan lain jantina ke..ehehe

Zainur said... Reply Comment

Itulah kalau semua berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam, perkara-perkara tak elok ni insyaAllah akan dijauhkan dan kita sekeluarga akan lebih terpelihara. Al-Quran tu dah lengkap serba serbi dengan panduan hidup. Cuma ceteknya dan jahil nya manusia tidak mahu mempelajari dan mendalami panduan dariNya...wallahua'lam