U Click Me...I Click U Back

Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu - Dulu Novel Sekarang Filem

As salam..

pernah buat entry pasal filem ni di dulu kat SINI

then sekarang filem dia keluar plak hari ni.. tak sabar nak tengok.. tapi macamla boleh tengok.. 

hmm.. nampak gaya macam kena tunggu cd dia keluar la kan??

jangan harap nak tengok wayang cuti sekolah ni.. sebab anak2 ada sekali.. tak sanggup nak tinggal dorang atau nak bawak dorang pun tak sesuaila.. sebab cerita ni berunsur cinta dan ada babak2 atas katilkan.. tak sesuai.. tak sesuai..


dulu baca novel.. memang best ar citer dia.. aku memang suka novel2 alaf 21 yang penulisnya Fauziah Ashari.. Damya Hanna.. Sharifah Abu Salem semua novel dia aku ada.. hahaha.. cuma sekarang takde masa ar nak beli yang baru sebab banyak novel baru2 aku beli last year pun ada yang tak baca lagi.. tak bukak plastik pun ada.. huhu.. sebab busy la sangat!!

ok.. apa2 pun hope for the best on this film and able to collect jutaan RM k..


korang ada planning nak gi tengok tak??

thanks for reading and dropping by...

6 comments:

Tina Othman said... Reply Comment

betul, saya pun tunggu cd jelah, klu nak tgk wayang kena ambik cuti, tak kuasalah pulak

dulu sanggup beli novel ni dgn sambungan dia semata2 nak tau cerita, sebab org dok kecoh2 kan

Fatin Syahira said... Reply Comment

TERINGIN GILA NAK PI TENGOK!
haha tapi apakan daya, tg malim tadak cinema heee :D

Cik Anita said... Reply Comment

tak teringin lah nak tengok kak..sebab pelakon dia maya kering tuuuu. hihihihih

mama tims said... Reply Comment

kuat btul penangan ombak rindu..sana sni citer psl ombak rindu...

Si DauN CeRi said... Reply Comment

ishh..kak...jgn tak tau dulu cuti spm keja sy la tu baca novel cintan cintun.. hihihi yg sambungan ombak rindu yg tajuk dia "cinta tiada akhirnya" tu pon sy dah baca jugak.. bes2.


takde can la kot sy nak g wayang tgk cite ni, kat sini tak kuar pon filem msia~

Zainur said... Reply Comment

teringin nak tgk...pernah baca novel dia dulu...byk kesinambungan kan cite ni?