U Click Me...I Click U Back

Friday, December 16, 2011

Haram Rebonding??

Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum sebenar bagi teknik rebonding ini sama ada untuk meluruskan rambut atau mengkerintingkannya. Ini kerana tidak terdapat dalil yang khusus melarang atau mengharuskan perkara ini secara jelas. Dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak lebih bersifat umum sahaja. Disebabkan itulah berlaku perselisihan di kalangan ulama kepada dua pandangan iaitu mengharamkan dan mengharuskan.

Namun secara peribadinya saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa harus pada sesetengah keadaan bagi seseorang perempuan itu membuat teknik rebonding di atas sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi jika isteri membuat teknik ini semata-mata untuk memperagakan di hadapan suaminya sahaja. Begitulah kesimpulan daripada pandangan Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudah al-Tolibin dan pendapat Imam Ramli di dalam kitabnya Nihayah al-Mujtahid.

Selain itu, perkara yang perlu diteliti juga berkaitan dengan teknik rebonding ini ialah:

1. Apakah niat dan tujuan rebonding?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk rebonding?
3. Siapakah yang melakukan rebonding?
4. Untuk siapakah rebonding itu diperagakan?
5. Apakah kesan rebonding?

Sekadar peringatan: Syukurilah nikmat Allah SWT yang sedia ada. Allah Taala tidak akan menzalimi hambaNya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya.
(Riwayat Abu Daud).

Wallahualam.
-
Ustaz Rashidi Haji Wahab

6 comments:

Izan Ishak said... Reply Comment

saya tak pernah terfikir pun nak rebonding... syukur dgn rambut yg ada ni...

Puan Kutu said... Reply Comment

Alhamdulillah rambut dah sedia lurus.Tapi teringin nak curly pulak.just kidding!keke

nurichinta77 said... Reply Comment

Memang la luruskan or kerinting kan rambut tuh adalah same je.. 2-2 kene g salun, boh chemical itu ini. Tapi tengoklah alasan org tu dulu.. kenapa dia rebonding. kalo dah rambutnye kerinting mengerbang smpai x lalu suami nk tgk... asyik nak kene ikat je sepanjang mase smpai nk tido mlm pun nak kene ikat, pastuh cepat masam.. better g rebonding kan la.. biar suami suke. bleh kan? ;-)

Mama Zharfan said... Reply Comment

me pernah perm rambut masa nak kawin..nak bagi nampak wavy2 hair (utk suami ajer heheheh) :) now rambut me lurus +keras2 gitu..memang asal rambut camtu :p

konde said... Reply Comment

tuk apa rebonding bila sudah pakai hijab :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Cik Anita said... Reply Comment

alamak.

siapa yang makan cili terasa pedasanya. hurm.

Nita pun buat, tapi dah setahun x buat treatment. Makanya dah bersawang rambut ni. T_T