U Click Me...I Click U Back

Thursday, December 15, 2011

Beg Brand A.Aida di Buka di Carefour Wangsa Maju



Meskipun sudah memiliki syarikat produksinya sendiri iaitu A.Aida Productions Sdn Bhd, namun tidak bermakna produser, A.Aida Awang, 41, sudah puas menerokai bidang perniagaan.

Terbaru, A.Aida tampil dengan sebuah pernigaan baru iaitu perniagaan beg tangan wanita, A. Aida Collection yang terletak di pasaraya, Carrefour cawangan Wangsa Maju.

“Saya ke Gongzhou, China pada masa itu hanya untuk melancong bersama rakan-rakan. “Namun setelah dibawa mengunjungi gedung beg tangan di sana, saya terus tidak berfikir panjang dan membeli sehingga 20 kotak beg tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Daripada bertujuan untuk makan angin saja, saya terus teruja untuk membuka pernigaan beg tangan bila pulang ke Malaysia,” kata A.Aida yang ditemui selepas pelancaran kedai A.Aida Collection, kemarin.

Mula beroperasi pada 13 November lalu, A.Aida sudah menghabiskan sehingga RM200,000 untuk kos keseluruhan mengubah suai dan modal barang-barangnya.

“Insya-Allah juga selepas ini bakal keluar beg tangan jenama A.Aida yang saya tempah di China. Malah saya sudah menempah lima rekaan beg tangan untuk dicetak kepada nama saya,” jelasnya lagi.

Harga beg tangan di A.Aida Collection dijual serendah RM15, manakala beg tangan jenama A.Aida pula bakal dijual dengan harga serendah RM49.

*Carefour Wangsa Maju dekat ngan rumah.. jom usha2..alamak..belum gaji la*

8 comments:

kakchik@ella said... Reply Comment

Bagus. Sambil melancong, sambil buat duit. Kalau modal dah sedia, apa2 pun boleh buat, kannn.

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@kakchik - setuju.. kalau saya banyak duit.. nak jugak berniaga.. hehehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Reply Comment

murah je bag tgnnya..teringinlah nk tgk..tp jauh :(

Izan Ishak said... Reply Comment

baguslah...meniagahandbag pulak ye... murah2 plak tu...

Cik Anita said... Reply Comment

xtau pun pasal jenama beg dia ni.. cantik ke eh style beg dia??

Mama Zharfan said... Reply Comment

murah ajer tu hehe boleh gak usha2 nanti ;)

Chekgu Azrine said... Reply Comment

Rina - xpe..nti dtg kl blhla gi..hehe

Chekgu Azrine said... Reply Comment

Izan - rezeki dia kan??

Cik Anita - xpnh tgk lg sis..nti nk g usha ka..tunggu gaji!!

MZ - jom kita g sesama!!