U Click Me...I Click U Back

Tuesday, December 6, 2011

5 Helah Untuk Mengurangkan Berat Badan

As salam..

alhamdulillah.. jumpa lagi tips best untuk dikongsi dengan kawan2 pembaca..

daripada SINI

yeahhh.. mari baca!!

1.Menghidu makanan
-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.

2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda
-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.

3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru
-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.

4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil
-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.

5.Ikat seutas benang pada bahagian perut
-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.

SELAMAT MENCUBA!!

8 comments:

Cik Bambam said... Reply Comment

thanks 4 da tips! :P

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

tips menarik.ciyok2.moga kita berdua berjaya kan cikgu!

Chekgu Azrine said... Reply Comment

Cik bambam - thanks

LM - caiyok2 for us!!

Lizan said... Reply Comment

alamak...alas meja makan saya kaler merah sbb kengkonon ada gambar bunga ros merah romantik la sikit... tang ikat benang tu macam kelakar sikit tapi logik gak kan..hihi.. thanks sharing

Cik Pulau said... Reply Comment

tips baru neh.. tak penah dgr sebelum ni..hhehehe

Wawa_Nadwa said... Reply Comment

tips yg mmg sesuai utk wawa.
heheh!

MéuzAngelo™ XXIII said... Reply Comment

mmber aku cara dia nk kurus, dia makan byk tapi makan makanan yg tak berminyak je.. mcm roti nan ke.. buah2.. nasi dia x sentuh lngsung..

kurus kurus jugak.. exercise jgn lupa..

kakchik@ella said... Reply Comment

wahhh .. tips baru ni. byk yg KC baru tau. thnks for sharing this, cikgu.