U Click Me...I Click U Back

Saturday, October 15, 2011

Tips Bangun Suboh

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

artikel : Iluvislam
p/s : untuk peringatan diri sendiri juga..:-)

5 comments:

Hanis MY said... Reply Comment

Nice sharing... :)

Yan said... Reply Comment

Salam kenal.

tq for sharing.

Kak Aya said... Reply Comment

chekgu..t.kasih la sb kdg2 saya terbabas jugak bangun awal walaupun masih belum dikategorikan lewat...

Si DauN CeRi said... Reply Comment

memang berguna ni utk diri saya ni. thanks kat akak sbb kongsi kat sini~

Cik Anita said... Reply Comment

ouh. Info yang sangat berguna! terima kasih atas peringatan. Hidup bujang ni mmg selalu terbabas di pagi hari. huhu