U Click Me...I Click U Back

Thursday, October 27, 2011

Hindi Movie - Kurbaan - The Must Watch Movie

As salam..

tengah layan citer Kurbaan lakonan Kareena dan Saif Ali Khan

dorang berdua ni sedang bercinta tau!!

citer ni memang sedap..

sesapa yg sedang blogwalking tu bolehla bukak chanel 108 untuk menonton ye..

okla.. okla.. aku kongsi sikit sinopsis cerita ni k..


Kurbaan mengisahkan  kisah cinta dramatik antara Avantika dan Ehsaan. Mereka berkenalan di sebuah universiti di India dan masing-masing memegang tittle seorang professor. Selepas sebulan, Avantika dipanggil untuk mengajar di University of New York. Pada mulanya Avantika menolak untuk ke New York tetapi Ehsaan bersedia berkorban meninggalkan kerjayanya di India untuk turut menemani Avantika dan mengahwininya. 

Mereka pun bertolak ke New York dan tinggal di kejiranan orang-orang India. Jiran-jiran Islam mereka adalah konservatif, di situ mereka mengenali Hamid dan Anjum yang telah menjemput mereka untuk makan malam.Avantika telah diperlihatkan tentang betapa konservatifnya kehidupan Islam mereka yang ditetapkan oleh Nasreen iaitu wanita-wanita dikehendaki makan berasingan dengan lelaki.

Pada keesokan harinya, Salma telah berjumpa dengan Avantika secara sembunyi2 dan memberitahu bahawa jangan mempercayai sesiapapun di situ dan juga memberitahu yang dia dalam bahaya dan meminta Avantika membantunya..

Siapakah Ehsaan dan adakah Ehsaan mengahwini Avantika disebabkan mempunyai niat yang tidak baik??

Saksikan sendiri okeh..*penat aku translate dalam BI ke BM sipnopsisnya..hehehe*

selamat menonton semua!!

No comments: