U Click Me...I Click U Back

Tuesday, October 18, 2011

Bayi di kelar.. nauzubillah..


BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


p/s : apa jenis manusia la ni.. aku pun tak paham la dengan pompuan ni.. kejam betul dia kelar anak yg dia kandung 9 bulan...

3 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply Comment

kesian bayi tu

Nur-nba said... Reply Comment

Ya Allah.. zalimnya ni.. Tergamak dia.. Menambah lagi dosa..

CIK JATT said... Reply Comment

kejam. buta hati, buta perut. dan sedih emo betul bila baca kisah ni
apala dosa baby tu. kesian