U Click Me...I Click U Back

Monday, August 1, 2011

Puasa vs Nafsu

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan mendidik kembali nafsu manusia yang sering bermaharajalela dalam diri manusia sepanjang tahun.

Puasa akan mendidik kembali nafsu manusia kerana nafsu sangat degil dan susah untuk tunduk kepada perintah Allah sejak ia mula-mula diciptakan lagi. Sebagai orang yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang diperintahkan untuk berpuasa dan mendidik nafsu supaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Berpuasa adalah cara untuk mendidik dan menundukkan nafsu yang degil. Apabila berpuasa, kita tidak mengikut keinginan nafsu seperti makan dan minum sebaliknya kita mengikut perintah Allah supaya berpuasa di bulan Ramadhan.

Maka dengan itu, nafsu telah dididik untuk berpuasa dan mengikut segala perintah Allah. Gunakan sebaiknya bulan Ramadhan yang bakal tiba untuk mendidik nafsu yang degil ini supaya kita akan mendapat banyak keberkatan di bulan Ramadhan kali ini.

Ambillah juga peluang sebulan ini untuk menguatkan diri sebelum kita diduga dengan gabungan syaitan dan nafsu setelah Ramadhan meninggalkan kita. Persiapkan diri kerana syaitan telah berjanji untuk menduga anak Adam dan Hawa sehingga Kiamat kelak.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


4 comments:

ahsfantasy24 said... Reply Comment

╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳Ramadan ♥
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲..


Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
1. Statstik pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia!
2. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!

Zainur said... Reply Comment

Ramadhan Al Mubarak Chekgu!

psst: Family sy duk TM tu... dulu sy sekolah situ dr rendah sampai menengah. Tp masa tu SKTM2 tak wujud lagi...hehe.. Ms sy naik darjah 6 br sekolah tu dibuka ;)

Far8 budak baik said... Reply Comment

waaaa...wehh wehhhh..
selamat berpuasa jugakk..
jgn lupe main mercun k.
hahahahaha...
pastu dah wat kuih raya..
nnti post laju kat rumah aku k..
hihihi

mama tims said... Reply Comment

rin..salam ramdhan,semoga ibadah dan amalan kite diterima olehNYA..