U Click Me...I Click U Back

Wednesday, July 20, 2011

Ketagihan dan Kelalaian FB – Jom kita semak.

Untuk ruangan ini, sama-sama kita jujur kepada diri. Sama-sama kita lihat pada hati dan diri sendiri. Bermuhasabah untuk kita lihat akan kualiti dan tahap kepekaan serta kesensitifan diri kita dalam soal ini. Insya-Allah.

Secara praktikal, sama-sama kita lihat adakah kita ini berada dalam zon 'ketagih' kepada FB ini. Sama-sama jujur dalam mengkoreksi diri.

Apa tanda anda ketagihan FB?

(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka. Membukanya dengan penuh keterujaan - sangat-sangat mengharapkan 'sesuatu' daripadanya.

(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga. Di minda anda : FB, FB, FB, FB.

(3) Anda mampu menghadap laptop, atau komputer berjam-jam lamanya hanya dengan FB. Ya. Menukar status FB sekerapnya mungkin, membalas komentar-komentar dengan penuh minat dan asyik. Ber'chat'ting melalui ruangnya FB dengan rakan-rakan yang online – serentak – kekadang 5 sehingga 10 orang sekaligus. Hebat dan luar biasa!

(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti tugasan kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum. Apabila pensyarah kita soal kenapa tidak mampu siapkan assignment pada 'dateline'nya? Alasan kita: Saya sibuk. Maksud tersiratnya ialah, sibuk dengan FB.

(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan. Kehilangan yang akan meruntum jiwa, perasaan anda menjadi keluh kesah dan tidak dapat fokus kepada kerja-kerja harian yang lain.

Bagaimana? Ada yang pernah berkata : Aduh pedihnya? Banyak senarai ini terkena kepada aku. Sama-sama kita jujur dalam penilaian ini.

Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu? Kita semak juga, bentuk-bentuk kelalaian FB. Adakah kita sudah terjebak kepada penyakit ini?

Kelalaian FB

Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.

Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :

(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan banyak masa dengan ber'FB'. Kemanisan untuk beribadah kian hilang. Kelazatan dan kenikmatan membaca al-Quran, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Bahkan, terasa akan kehambarannya. Pernah, salah seorang rakan saya menasihati saya : "Tanda kita hilang kemanisan beribadah, kita tidak rasa pentingnya solat berjemaah!"

(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke'facebook'an. Susah sangat-sangat. Dalam hati, tidak mengapa – awal lagi. Kita teruskan dengan dunia FB. Sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!

(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB. Sayangnya kita dengan FB membuatkan kita begitu ghairah menerokai kecanggihan, fungsian dan apa sahaja tentang FB walaupun tidak memberikan apa-apa manfaat buat diri kita. Pernah saya jumpa seorang pelajar, daripada pagi sehingga subuh keesokannya berhadapan dengan laptop. Bila ditanya buat apa? – Melayari FB semata-mata!

(4) Kita semakin jarang membuka al-Quran yang menjadi penguat rohani kita. Jika dahulu, sempat menghadap al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada roh al-Quran. Kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian. Awas, saudara-saudariku : berhati-hati dengan istilah kesibukan. Ia akan disoal di hadapan Allah S.W.T kelak.

(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab. Kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya FB. Kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita. Zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati.

(6) Tugasan kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa: "Saya sibuk dan tidak sempat." Hal-hal yang lain, tugasan di tempat kerja, bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun dan akhirnya kita tidak perform! Tepuk dada, soallah Iman.

(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina. Bibit-bibit maksiat mulai mencemari kejernihan hati dan akhirnya kita tersangkut dengan cinta nafsu yang memberikan bintik-bintik hitam kepada jiwa.

(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita. Pada awalnya, kita rasa bersalah. Eh, tidak elok begini. Tergetus dalam hati. Namun, lama-lama suntikan jarum Syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikkan.

(9) Gambar-gambar yang di'share', di'tag' dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya harus dielakan untuk diletak di dalam FB kita. Hati-hati dengan hal ini.

Banyak lagi jika disenaraikan. Saya yakin anda sendiri mengetahuinya.
FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.

Afwan saya sebut, gambar-gambar para wanita dan adik-adik remaja perempuan begitu mudah untuk dikenali, dilihat dan disedari melalui laman FB ini. Pernah saya sebut kepada para pelajar dalam kuliah saya :

"Siswi sekalian, jaga-jagalah dalam meletakan gambar anda di FB. Di sana terdapat mata-mata dan hati-hati yang sedang asyik menikmati – kecantikan dan keayunan- anda."

Dan, apatah lagi jika gambar itu terdedah auratnya atau tidak sempurna penutupannya.

Ia sangat-sangat mengganggu jiwa.

Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan calaran kepada kejernihan hati.

Mencorak keperibadian kita

Anda perasaan tak?

Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.

Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui "wajah" facebook kita.

Ia seolah-olah menampakkan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.

Wallahu'alam

Saya sedang berfikir ke arah itu, berfikir bagaimana hendak mengajak semua orang untuk menjadikan FB ini sesuatu yang berguna, bermanfaat dan yang penting ia baik untuk dakwah!

Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik. Marilah kita menjadi hamba-hamba Allah S.W.T yang melayari FB dengan keupayaan untuk menguasainya. Kita yang mengaturkan segala tindak tanduk di FB sama ada penyiaran gambar, menyatakan status, komentar-komentar dan segala sebarang fungsian di dalamnya. Insya-Allah.

-Artikel iluvislam.com

6 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Reply Comment

agaknya sy ketagih blog x?

E-Marlin said... Reply Comment

Huhu... mmg kalau saya ON pc je, mesti buka FB dulu... tp jarang update status, byk layan cityville je hehehehe.....

Aku Ibu Muda said... Reply Comment

FB tak...blog mungkin...hihi

umUMRA said... Reply Comment

tawu tape..huhu

Ms Fai Ayie said... Reply Comment

salam perkenalan... bgi fai la, FB ni sbnrnya salah satu cara org kafir nk menyesatkn dan melalaikan umat islam... mntak dijauhkan dari kita semua... ;)

azlina aziz said... Reply Comment

Salam mesra, sis :p

Lately selalu on FB sambil bertukar komen dengan kawan sekerja. Maklumlah, tengah cuti. Sebelum ni, nak tengok FB pun susah. Blog lagi best. hehehe. Anyway thanks sudi jenguk2 blog saya. :)