U Click Me...I Click U Back

Thursday, June 2, 2011

Mayat Bayi ditemui di Sungai Gombak

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di tepi Sungai Gombak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa di sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Zulkarnain Abdul Rahman berkata bayi, yang sudah dipotong tali pusat, ditemui di celah-celah batu di tepi Sungai Gombak oleh seorang awam yang terlihat bayi itu semasa berada di stesen berkenaan pada pukul 9 pagi ini.

"Ketika ditemui, bayi berkenaan tidak dibaluti kain. Berdasarkan siasatan, kita (polis) percaya bayi berkenaan telah dibuang di tempat lain dan hanyut sebelum tersangkut di celah-celah batu di situ.

"Bayi tersebut dipercayai telah dibuang suspek ke dalam sungai berkenaan kurang dari tempoh 24 jam ekoran keadaan mayat yang masih elok," katanya ketika dihubungi Selasa.

Zulkarnain berkata polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini menghubungi talian 03-20702222," katanya.

Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. - BERNAMA

p/s : siapala manusia berhati syaitan yang sanggup buang anak macam buang sampah... dunia dah akhir zaman... sighh

12 comments:

daydreamer said... Reply Comment

ya allah..cam mana la sampai hati nak buang anak...kesian kat bb tu..kalau xnak ..bagila kat orang yang x ada anak...subha Allah

Chekgu Azrine said... Reply Comment

dunia dah akhir zaman.. manusia takde perasaan dah mostly.. nak tutup aib sendiri.. tambah lagi satu dosa.. nauzubillah..

~cik emmie~ said... Reply Comment

sedih...

LiLy @ MumMyQiStInA said... Reply Comment

nauzubillah..
kesian kat bayi yg tak berdosa tu..
sedih tgk..sedangkan binatang pun tau sayangkan anak..

Puan Kutu said... Reply Comment

em baru jer keluar cerita pasal buang bayi dlm sungai,ada pulak campak bayi dr tingkat 5.sungguh berjiwa binatang.binatang pun tau syg anak...