U Click Me...I Click U Back

Thursday, June 16, 2011

Cerita Aku Kena Observed dengan Nazir Sekolah

As salam..

hari Isnin bukak penggal kedua.. aku dikejutkan dengan berita kedatangan Nazir untuk berkampung selama 3 hari di sekolah...

so sembang2 and dengar.. aku found out that..dorang just nak observe cikgu2 maths, BI dan Muzik.. yer aku mengaku sedikit gabra sebab dengan Muzik tu sebab aku mengajar muzik 3 kelas Tahun 2.. dah la aku bukan option muzik.. huhuhu

apa yang aku dok risau2 kan menjadi kenyataan apabila Madam Lee our Penyelia Petang told me that.."azrine.. they wanted to observe u..Muzik tomorrow".. aku terus speechless.. terkejut sebab satu pengalaman baru aku diobserve oleh nazir sekolah.. hmm.. agak cuak di situ.. sebab apa yang aku tahu.. nazir2 ni suka cari kesalahan2 cikgu..

cuak punya cuak.. aku dah tak tahu nak wat aktiviti apa untuk muzik esok.. balik rumah tak leh tidor malam..

esok tu aku fikir punya fikir.. at last aku terfikir nak ngajar lagu "Guruku Tersayang".. dari indonesia lagu tu.. sedap.. tapi slack...cd yang aku burn dulu dh kemana entah..

cuak2..aku terlupa nak pegi meeting guru pukul 11.30.. sampai kak rose kol aku pukul 12 tanya aku kat mana.. dengan selamba aku jawab.."tengah iron baju kak..sat g nak gi sek".. kak rose balas.."tak ingat ke meeting dik"..aku terus melompat kecuakan sebab terfikir apa aku nak jawab nih kalau GB or PK tanya aku kenapa tak mai meeting.. huhuhu

aku pergi ke sekolah seperti biasa.. seumur aku menjadi cikgu.. aku tak pernah lagi missed meeting dengan sengaja... this was the 1st timela... giler takot!! tapi mujur datang sekolah.. aku tak kena panggil pun.. alhamdulillah!!

tunggu punya tunggu.. sebelum rehat.. aku bincang2 dengan cikgu2 lain nak buat apa yg aku planned.. tetiba aku terpinjam satu buku dari kawan aku ni.. buku panduan muzik tahun 2 ler.. bukak2 buku tuh.. tetiba dapat idea nak mengajar irama..detik dan tempo.. dan siap2 ada lagu contoh untuk topik tersebut... so apalagas.. cepat2 aku betulkan lesson note aku...

tepat kul 4.. aku dah berada di dalam kelas 2G untuk diobserve..5 minit selepas tu.. Mr Tan tu masuk nak observe aku.. muka dia senyum jek sepanjang aku mengajar di depan dan aku cuba tak tengok dia sangat sebab nak hilangkan nerbes tuh.. setelah sejam pengajaran dan pembelajaran... maka tamatlah sesi observation aku...

resultnya??

nantikan entry seterusnya... hehehe... nite...

2 comments:

Kak Aya said... Reply Comment

alamak! suspens je nak tau resultnya macam mana..

DaHLia said... Reply Comment

tu kira nasib baik inform sehari awal tuu.. :D

sis , tahun lepas geng2 PPD datang..ad hoc ni..
puas dah sis cuba melarikan diri, dan at last kena jugak dgn salah seorang pegawai yang memang ditakuti..
masa mengajar tu memang banyaklah yang lain, lesson plan pun xsama dengan annual plan, banyaklah yg jawabnya, sampai sis cuak, last2 dia ambil buku rekod dan bawak g meeting..

dalam hati debor, habislah aku...dia kuar je, terus g toilet sbb simpan kecuakan..haha.. sebelum balik ramai cikgu datang ucap tahniah...ingatkan apa, rupanya dia buat contoh masa meeting di kalangan pegawai PPD, pengetua dan GPK sekolah sis.. seb bek..

biasalah kita ni, tak kira, siapa2 nak observe, mesti akan ada rasa gementar tu...orang lalu tepi jenguk pun rasa macam serba tak kena..haha

anyway, mesti oke kan sebab tu mr tan senyum2 :D