U Click Me...I Click U Back

Sunday, April 3, 2011

Spekulasi Terjawab: Amy Search Pengetua AF9


KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2011: Segala teka-teki akhirnya sudah terjawab. Lagenda rock yang juga vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, telah diumumkan sebagai pengetua Akdemi Fantasia Musim ke-9 (AF9) dalam Konsert Tirai Akademi Fantasia sebentar tadi.

Pengumuman yang dibuat oleh hos Akademi Fantasia, Aznil Haji Nawawi itu telah menjawab pelbagai spekulasi yang bertiup kencang selama ini tentang siapa sebenarnya pengetua AF9.

Aznil pada mulanya berjaya mengelirukan penonton dengan gimiknya yang menjerumus kepada ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani sebelum Amy Search muncul di atas pentas mempersembahkan lagu Pawana.

Amy Search sebagai pengetua akan dibantu barisan tenaga pengajar yang telah diumumkan sebelum ini iaitu Adlin Aman Ramlie (Guru Drama dan Persembahan), Cikgu Syafi (Guru Teknikal Vokal), Ning Baizura (Guru Stail Vokal), Cikgu Aris (Guru Tarian) dan Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi).

Konsert Tirai AF ini turut menampilkan 12 pelajar untuk musim kesembilan ini yang membuat persembahan 'pengenalan' di mana mereka menyampaikan dua buah lagu berlainan genre untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

Bekas-bekas juara AF musim terdahulu juga tampil dengan persembahan istimewa di awal konsert sebagai tribute kepada 8 musim awal AF terdahulu.

Mulai 4 April ini, penonton boleh mula mengikuti perkembangan pelajar-pelajar ini melalu Diari Akdemi Fantasia yang akan ke udara dari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam.


sumber : Murai.com


note : aku tak berapa layan sangat AF ni.. dulu2 layan gak lepas Mawi menang aku dah tak layan dah.. tak besh!!korang layan??


No comments: