U Click Me...I Click U Back

Wednesday, April 13, 2011

Cerita Dua Ekor Hantu

Tersebut kisah dua ekor hantu bertemu di sebuah kawasan yang tidak diketahui lokasinya. Panjang lebar dua ekor hantu ini berborak sejarah hidup masing-masing.

sepanjang berborak, Hantu A melihat Hantu B asyik menggigil tanpa henti. Hantu A yang merasa hairan lantas bertanya...

HANTU A : Kenapa kau asyik menggigil?
HANTU B : Oh.. cara aku mati dulu teruk. Aku mati dalam peti ais.. sejuk beku
HANTU A : Oh, kesian kau.. aku pula dulu mati sebab serangan jantung!
HANTU B : Isy! Isy! Kenapa kau tak buat pembedahan by pass? Kalau tak mesti kau tengah lepak dengan bini kau sekarang.
HANTU A : Aku dah buat dah. Tapi tak jadi pun. Ceritanya panjang...
HANTU B : Ceritalah sikit!
HANTU A : Macam ni, aku syak bini aku main kayu tida. jadi aku ingat nak perangkap bini aku. Aku pura-pura pergi kerja padahal aku letak kereta di hujung simpang. Seperti aku jangka, ada sebuah kereta parkir masuk garaj rumah aku. Ada seorang lelaki tak dikenali selamba masuk rumah aku. Aku tunggu masa.. nak cekup!
HANTU B : Kau dapat cekup si jantan tu?
HANTU A : Tak. Hairan betul. Aku jumpa bini aku dalam bilik tapi jantan tu ghaib. Habis satu rumah aku tak jumpa juga. Aku cari dalam bilik, di dapur pun tak jumpa. Sebab penat sangat cari, aku pengsan kena serangan jantung. Tak disangka-sangka pula aku mati.

HANTU B terdiam mendengar cerita HANTU A. Selepas beberapa ketika, HANTU B berkata ; Kenapa kau tak cari dalam peti sejuk? Kalau kau periksa kat situ, kita berdua tentu hidup lagi


~SENGALLLLL!!!~


3 comments:

Zyash said... Reply Comment

hahhahahah, kelakar sengal c hantu... Pernah bace citer ne dulu, tetap gelak gak kalau bace skali lagi..

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@Zyash - heheeh... akak ambik dari paper.. sebab sedap akak kongsi

Si DauN CeRi said... Reply Comment

adesss... agaknye diorang tu ade sakit jiwa ke apa.. mcm wayar putus je memasing.. hahaha