U Click Me...I Click U Back

Friday, April 8, 2011

Almost 3 Years as a Teacher.. alhamdulillah

As salam

tak sangka dah hampir 3 tahun bergelumang dengan zaman terpekik terlolong iaitu menjadi seorang cikgu.. bagi aku bukan cikgula kalau takde perilaku seumpama tarzan2 bandar yang singgah di sekolah untuk memanggil sang haiwan untuk menurut segala katanya.. dak?? ko hadoo??

memang tak disangka hajat dihati untuk tidak menjadi seorang cikgu tidak tercapai dek akal ku.. yelar.. lumrah.. KITA HANYA MERANCANG.. HANYA ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA.. ko buek camno pon.. aku tetap melangkah kaki ke sekolah.. mencurah ilmu yang tak seberapa nih kepada anak2 bangsa kita.. alhamduliilah... syukur ke hadratMU kerana memberi peluang kepada aku untuk mengumpul pahala segala berada di dunia fana MU ini ya Allah...

dulu2 masa dok UiTM.. cita-cita aku untuk menjadi surveyor.. then mendapat 2 option untuk further masa tu.. buat 1st degree dalam bidang Building Management.. hanya selama 2 tahun je.. dan satu lagi jadi 1st degree di UPSI iaitu selama 4 tahun.. dan keluar menjadi seornag cikgu.. masa ni jenuh family dan Mr Hubby memujuk untuk memilih menjadi cikgu.. masa tu aku tak minat langsung nak jadi cikgu.. sebab aku rasa mcm pandai sangat ke aku nak mengajar orang lain dak??

tapi atas desakan dan pujuk rayu Mr Hubby.. aku berjaya menjejakkan kaki ke UPSI selama 4 tahun dan segala susah senang aku dan keluarga bermula di situ..

bayangkan dengan mempunyai 2 anak.. aku belajar berdikari sendiri tanpa pertolongan sesiapa.. Mr Hubby hanya balik once a while.. adala seminggu 3x dia balik menjenguk aku dan anak2.. masa tu aku menyewa di Perumahan Awam 3.. dan anak2 aku hanta di nursery dan seorang lagi di rumah pengasuh ats sebab nursery untuk baby dah penuh masa tuh..

perjuangan demi perjuangan.. akhirnya aku berjaya menggulung segulung ijazah untuk anak2 aku dan Mr Hubby.. dan alhamdulillah berjaya memperoleh rezeki sebagai penjawat awam gred 41... amin


doakan aku untuk 16 April 2011 ini supaya segala proses-proses untuk mengkompemkan aku akan terlaksana... amin ya rabbal alamin...

7 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Reply Comment

biasalah..sy dulu jadik cekgu bukan setakat jerit - nak ngajar kena kejar budak supaya masuk kelas macam kejar kambing balik kandang..eh lucu pon adalah masa tu..

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@Rina - hehehe..sapa sampai jadi ella dah skang ni..suara tak penah ade..asyik terpekik terlolong je..

Chegu Zubir said... Reply Comment

akak...UPSi la..Bukan USPI....hehehee

jom baca
Kisah Kau Dan Aku...Episod 01

Chekgu Azrine said... Reply Comment

@Chegu Zubir - thanks.. typo.. akak dah betulkan.. hehehe

Si DauN CeRi said... Reply Comment

tabahnya akak time belajar.. dgn anak 2 orang.. suami jarang balik.. wuwuwuu kalau sy mesti dah rs nak give up la ape la sume ada..


sy doakan akak ngan family sentiasa murah rezeki.. amin.. :)

Chekgu Azrine said... Reply Comment

si daun ceri - thanks

akulahct said... Reply Comment

tahniah.. smoge sume proses tuk kompom mengompon tu be jln lancar...