U Click Me...I Click U Back

Saturday, March 5, 2011

Peminat drama Asmara akan menemui sekuel kedua mulai minggu depan, 8 Mac 2011 setiap hari Selasa pukul 9 malam di slot Lestary.


Sumber : Oh Bulan

Peminat drama Asmara lakonan Shahz Jaszle akan menemui sekuel kedua mulai minggu depan, 8 Mac 2011 setiap hari Selasa pukul 9 malam di slot Lestary. Kali ini, pengarah Asmara 2 menampilkan barisan pelakon seperti Faralyna (Melati), Faezah Elai (Zaliya), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi & Rahim Jelani.

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah. Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.


teruskan membaca di Oh Bulan


4 comments:

cik pulau said... Reply Comment

tak sabar nak tunggu drama Asmara ni.. huhu..^^,

Chekgu Azrine said... Reply Comment

sama la dik..mggu depan hari selasa ye..dok congok depan tv k

ch@ said... Reply Comment

sudah tak sabar mau tengok :)

kuntumz said... Reply Comment

minat citer asmara nii...mmg best...