U Click Me...I Click U Back

Friday, February 25, 2011

NUTP Bantah Penswastaan Sekolah

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada Isnin berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.

Lok berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.

Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar.

Sumber : Bernama

p/s : semua benda nak swasta, dahla bengang sebab kami sebagai guru semua kena cut cost.. budget konon..pelik dulu kalau g mana2..kami sure akan dapat claim..skang dah susah betul nak claim..mana pergi duit untuk KPM..kami terasa cikgu2 sangat di anak tirikan sebab kalau kena pergi kursus sure kena pikir 44 kali... sebab susah nak claim... bengang seyhh!!

~WHAT SAY YOU?~

No comments: