U Click Me...I Click U Back

Wednesday, January 12, 2011

Precious Moments Part 1

salam semua,

sejak mengajar petang ni, aku rasa sangat letih and flat after balik dari sekolah. tak tahula apa dah nak buat. macam nak kena makan supplement lak erk..

on the way to my house tetiba aku craving nak makan maggi tomyah weh, terus aku pergi ke kedai tomyam, tapau satu!!

berasap telinga...hehehe..

ok..ok..nak cerita zaman-zaman masa aku dok kat UNI. entry ni special sikit sebab umur dah 3 series ni, dah 3 UNI aku masuk, dan yang paling best, 2 daripadanya aku konvo dengan membawa seseorang dalam perut, aku konvo berduala kiranya tuh...hehehe
yes i was pregnant that precious time..:-)

first U aku berjaya entered ialah UiTM, Shah Alam

wah, masa ni memang best la sangat sebab korang tahula masa tu gempaq la kiranya dapat masuk UiTM, induk lak tuh, masa tu jiwa muda remaja okeh, umur masa tu baru masuk 19 tahun..and paling besh, kami di UiTM sini boleh pakai jeans even lecturer usha2 gak...hahaha..(tak strictla maknanya tuh)

actually, aku mintak course lain, tapi dapat course Diploma in Building, something related to engine jugak, tapi kami tak akan bergelar engineer la, sebab kami tak ambik bidang poor engineering, tapi belajar, alamak, susah nak mampus!!

macam aku salah seorang students yang kurang la pandainya berbanding dengan students yang lain dalam kelas, aku berjaya jugak grad even tak ontime pun, sebab aku gagal paper statistic, so aku tambah satu sem untuk repeat paper tuh..(korang bayangkan la tak pandainya aku), tapi masa tu bukan aku sorangla, some of them had to repeat as well...

kawan-kawan rapat

me with kak aida, the eldest sister in my class

masa sem 1, aku tak dapat apply duduk asrama yang nearest to fakulti aku (FSPU) sebab dah penuh, so kami yang kurang bernasib baik ni tinggal la di dom Kolej Kenanga, mostly students yang dok situ ambik course chef, setiausaha, hotel, sains gunaan and etc..

posing atas katil di DOM KENANGA...kenangan sebab satu dom 25 orang tuh..huhu

cuma aku, juminah and some more yang tersesat dapat situ, so agak parak la menapak setiap hari ke kelas, korang boleh bayangkanlah, mandi wangi2, by the time dah sampai kelas, dah bucuk macham, sebab panas terik, jauh pulak menapak, tapi nak buat camne, demi segulung diplomakan...

builder

dalam tahun pertama pengajian, aku selamat melangsungkan perkahwinan aku dengan MR HUBBY, masa tu memang muda sangat la, tapi jodoh sampai awal, aku terima jela..

so lepas masuk tahun ke2, aku dan MR HUBBY berpakat nak menyewa area Shah Alam, so menyewala aku aparment murah di Seksyen 27 S.alam, dekat dengan kilang Proton..

masa tu dah planned, nak merancang untuk dapatkan anak, sebab aku masih belajar, takut tak boleh nak manage time untuk study, rumahtangga ngan anak, so decided nak dapatkan anak bila dah final year nanti...

masa semester ke berapa entah, aku tak hingat, kami telah mengadakan trip to cherating, the best trip that i ever had, sebab masa tu kiranya 1st time la dapat pergi trip with friends who are so closed..and the trip was organized by us as well, great kan??


kenangan cherating 1999 with builders team...

and yes, finally i made it, berjaya gak grad even lambat dari kawan2 lain yang sekelas dengan aku...

on my convocation day..i was pregnant to atirah and now she is 8 years old..what a time flies...


p/s : ada lagi 2 kisah di 2 UNI soon...tungguuuuuuuuu!!!!!

1 comment:

rizaros said... Reply Comment

wah kenangan lama.. bestkan diingt kembali.. salampkenalan... dh follow akk.. nnt follow adik jgak yer..rizaros.blogspot.com :) TQ