U Click Me...I Click U Back

Thursday, January 6, 2011

Pengalaman Baru Aku

salam semua,

sorry, dah lama tak update rumah kesayangan aku nih, terlalu busy, macam-macam perkara menyusul, kalau bertangguh, mahunya dapat bebelan free dari MR HUBBY..huhu

sebelum melalut lebih lanjut, syukur Alhamdulillah sebab pagi tadi aku selamat mengambil balik tesis aku di fakulti UKM untuk tujuan formatting dan Alhamdulillah dah boleh proceed untuk buat hard cover..SYUKUR PADAMU YA ALLAH..dan tidak ada rezeki nak berjumpa SV sebab he got meeting..:-(

ok, balik kepada topic, Alhamdulillah, sudah 4 hari genap aku mengajar di SKTM (2), dan selama 4 hari ini aku still adapting to the new environment and still hoping for the best, maklumla, pertama kali mengajar sesi petang dan aku rasa aku masih belum biasa dengan keadaan ini... pagi2 dah busy mengurus anak-anak untuk ke sekolah rendah dan sekolah agama, lepas tu setel membasuh, dan mengemas rumah...

aku rasa macam masa tu pendek je berbanding dengan masa aku mengajar pagi di sekolah lama, bukan apa, bila mengajar pagi, masa petang lebih panjang, dan aku tak rasa penat sangat, serius, banding ngan mengajar petang, tapi satu je seronok mengajar petang ni, jadual tak berapa pack, cuma letih terpekik terlolong sebab kena mengajar tahap 1, those yang teachers out there, know better...

pengalaman pertama kali mengajar anak sendiri dalam kelas, walaweh, asyik tersasul je tuh, ngan dok panggil "kak ngah", daripada sorang pun tak tahu, jadi ramai yang pulak tertanya2 kat anak aku.."tu mak awak ke??"muahaha...kalau korang kena mengajar anak sendiri camne la erk??

to be frank, aku tak berapa suka la..tapi aku tak de pilihan lain, kebetulan anak aku ditempatkan di kelas yang agak depan, untuk pengetahuan korang, SKTM (2) ini sekolah SBP, so kelas 1-4 tu semua budak2 yang agak pandai ler, semua ada 10 classes, so korang bayangkan, mustahil untuk letak semua yang cerdik pandai tu dalam satu kelas je, so even ko mengajar kelas no.3 - 4 ke, memang dorang semua terror2, serius, maklumla, their parents mostly educated...

cakap ENGLISH tak payah cakap ler, ada yang tanya soalan kat aku dalam english tu wey, aku terkejut beruk gak, sebab mungkin pengalaman mengajar di sekolah lama anak-anak murid dia tak sebegitu kot...darjah 1 tu SKEPING LONDON, bak kata Siti Tanjong Perak dalam cerita P.Ramlee...hehehe

kesimpulannya, so far seronok la jugak mengajar sekolah nih, even still adapting, but I'm happy with it, I guess that is most important thing...rite??


credit to MR HUBBY for lovely memorable pictures, me with my 2nd daughter before going to school

No comments: