U Click Me...I Click U Back

Monday, January 3, 2011

Macam Tak Percaya

salam semua,

bukan tak percaya apa pun..tak percaya anak sulong aku dah besar.. dah masuk 10 tahun genap tahun 2011 walaupun belum betul-betul sebab kena tunggu hari jadi dia la kan.. lambat lagi bulan 8...

tapi tak dinafikan dia growing up... dah tinggi.. bak kata MR HUBBY.. tak lama lagi dia akan tinggi daripada aku..erk??

hari ni dalam tahun 2011, aku menghantar dia ke sekolahnya.. so aku macam rasa... alamak dah tua ke aku nih...hehehe

sebab bila tengok anak-anak membesar, timbul satu perasaan yang tak dapat nak aku ungkapkan sebagai seorang ibu, bangga sebab dia sudah pun melangkah ke Tahun 4.. dan menjadi seorang KAKAK kepada adik-adiknya, walaupun sometimes still childish, but sometimes i can see her maturity... kadang-kadang benda nak kena suruh baru buat, kadang-kadang she willing to help without ask her...

macam ni erk perasaan bila dah ada anak DARA... hehehe

semoga menjadi anak yang obey kepada parents...INSYAALLAH dan tak lupa... RAJIN BELAJAR!!






2 comments:

cik cibil said... Reply Comment

wahh very the like like wajah baru blog akak nih! selamat kembali ke sekolah.. >_<

Chekgu Azrine said... Reply Comment

thanks NORA!!