U Click Me...I Click U Back

Friday, December 17, 2010

Masak Sendiri @ Makan Luar?

salam to all..

wah, tajuk tu macam tak boleh blah je kan...LAYANZZ!!

aku selalu sembang2 ngan MR HUBBY tentang topik ni, topik masak sendiri atau makan luar??

benda ni dah jadi macam satu isu dalam setiap perkahwinan itu, dan please, jangan salah faham plak, untuk isteri2 di luar sana, terpulangla kan anda seorang yang pemasak, kaki masak, kaki makan luar, apa2 jenis kaki lar, aku just nak share thoughts aku kat sini je...

sharing is caring rite??

pengalaman aku menjadi isteri pada usia 18 tahun (jangan terkejut beruklak), aku takla berapa pandai masak, tapi aku suka berusaha buat masakan yang MR HUBBY suka makan, and aku sentiasa korek2 benda apa yang dia suka makan, luckly, MR HUBBY bukan seorang yang cerewet, alhamdulillah..

masa tu aku masih belajar di tahun pertama di UiTM, jurusan Diploma in Building. on that time, being as a student, me hardly memasak untuk makan tengahari untuk MR HUBBY plus dia pun kerja masa tu, tapi aku cuba gak memasak selepas balik dari kelas, dan kol MR HUBBY tanya pukul berapa balik sebab aku nak masakan aku masih panas bila dia sampai rumah...(mithalikan..sila muntah hijau!!)

masa tu macam2 masakan la aku cuba, even curry pun aku masak, tapi selalu tak habis la, just imagine, just untuk makan dua orangnya, so aku tak berapa nak mahir budget nak masak berapa banyak, so kadang2 masuk tong sampah..

ingat lagi masa memula nak buat masak lemak, aku siap kol mak aku, tanya camne nak buat, bkn tanya resepi tau, tanya mula2 masuk apa, lepas tu apa, hehehe, zaman2 1998 gitu, internet tak begitu fofular lagi, masa tu pakai jaring kot, so aku memang tak da kemudahan internet di rumah, kalau tak, senang je, just google, nah, hambik depan mata ko..kan nyah!!

so hampir setiap hari le, insyaAllah aku masak, even kadang2 lauk banyak sangat tak habis dalam freezer, hari sabtu atau ahad, aku masak banyak2, bawak g kolej kekawan rapat aku, macam AYATI, RIN, LIANA, ramaila lagi, dorang punya rezeki la dapat makan2 free, ngeh..ngeh, and aku selalu buat sambal tumis ikan bilis yang kering tu, and bawak untuk makan lunch sesama lepas habis kelas, memang sedap tau, addicted je time tu...

selepas tamat diploma dengan payahnya, sebab aku tak berapa terror sangat bidang engineering ni, al-maklumla, bidang ni aku dapat tanpa apply, aku mintak lain, lain yang dioffer, tapi takpelar, aku dapat kekawan yang best, kiranya perjalanan sepanjang di UiTM memang best..

back to the topic

finished study, aku just lepak2 di office MR HUBBY (dia buat bisnes sendiri), so malam je berkesempatan aku masak, untuk 2 orang jugak, tahun 2000, aku disahkan hamil anak pertama, anak yang dirancang okeh, sebab aku study, so tunggu sampai final, baru aku conceived, even during pregnancy, aku masak gak even aku sangat alah dengan bau sambal yang ditumis, goreng ke, wateverla, tapi masak gak demi MR HUBBY terchenta, ececeh, sampaila saat aku dapat anak kedua, 2 years later...

pasal menu atau dishes,aku usually masak yang simple2 je, bila weekend baru aku akan buat gulai ke kari ke takpun masak lemak, sebab bila ada 1 menu berkuah, senang, yg lain masak sayur, goreng ikan ke, sebab aku bagitahu tadi, MR HUBBY tak cerewet sangat,lucky me!!

masa umur anak kedua aku lebih kurang 7 bulan, aku dapat tawaran sambung degree di UPSI, maka berpindahla aku ke Tanjung Malim, Perak. Maka juga bermulala kehidupan aku di bumi Perak lebih daripada 4 tahun bagi memenuhi keperluan untuk menjadi seorang cikgi..hehehe

masa tu lagila cabaran, sebabnya bisnes MR HUBBY tak berapa nak bagus, sebab ekonomi down masa tu, dengan aku belajar pulak, mujur ada pinjaman PTPTN, so takdela beban sangat atau risau sangat pasal yuran pengajian...

masa tu lagi kami berjimat, memang mostly aku masak, even ada anak kecik, aku luangkan jugak masak memasak di rumah, kadang2 MR HUBBY sampai pukul 10 malam pun dari KL, dia still nak aku masak untuk dia even the simplest dishes..

tapikan...

masa belajar ni, memang sangat memenatkan, serius, masa ni tahap kemalasan dah berada di tahap DEWA, bayangkan lah, DEWA tu tahap camne, sebab dah penat belajar, anak2 kecik, sometimes ada kuliah malam, so nak spend untuk memasak untuk macam susah sangat, serius, so kadang2 aku akan beli je kat luar lauk2, and makan ngan anak2 di rumah,so aku just masak nasik je, tapi aku rasa lebih jimat tau, sebabnya, aku makan 3 mulut pun, mulut aku la paling beso, sebabnya, anak2 aku masa tu kecik lagi, and korang tahula macam mana budak tecit makan, banyak mana la sangat, tak luah pun!!

tapi ini berlaku bila MR HUBBY tak balik Tg. Malim la, kalau dia balik, rela tak rela, aku masakkan juga, even sambal telur, takpe, he likeeee!!

selepas habis 4 tahun, aku mengandung anak ke3, dan sepanjang kehamilan, aku banyak duduk ngan parents aku, sebabnya, aku belum tahu masa tu aku bakal ditempatkan (posting) di sekolah mana, so aku just stayed at my parents'...

so dekat situ dah agak kurang memasak sebabnya, MR HUBBY suka ajak aku makan luar, entahla, dia yang mengidam kot, aku masa mengandung2 ni jarang mengidam2, cuma setakat nak makan ala2 western tu ada la jugak, tapi sometimes la...

then aku dapat posting kat sek area Gombak, dekatla ngan rumah parents aku, sebabnya aku dah kahwin kan, siap JPN ada called aku tanya aku nak sekolah masa, aku sebutla SK Gombak Setia, sebab aku suka environment masa aku jadi guru ganti kat sekolah ni, so dapatla aku posting kat sini pada 16/4/2008...

2 bulan selepas tu, aku selamat melahirkan puteri ke3 aku (yup, semua girls), di Pusrawi, selepas habis tempoh berpantang, we decided nak berpindah and hunting for rental house started, dapat rumah area2 rumah parents aku, mudah untuk anak2 aku g sekolah and transit at her grandmother's house after school...

kiranya dah almost 3 years aku dok rumah sewa ni, and rutin memasak aku masih lagi berterusan dan berterusan, hehehe, tambahan anak sulong aku dah 10 tahun, and dia makan banyak sangat, especially during school holiday, dia asyik makan je, badan pun macam dh dipam2 je...

aku mengajar sesi pagi, petang memang tak sempat dah nak masak tengah hari, so malam baru aku masak, tapi Jumaat never missed sebab balik sekolah pukul 12, rumah dekat, 12.15 atau 12.30 dah kat rumah, after MR HUBBY balik dari prayer, dah boleh makan, so semua happy je dapat makan kat rumah, dengan air tangan seorang isteri dan ibu kan??

camne ngan uols??

aku cuma nak kongsi pendapat bahawa memasak ni bukan sesuatu yang menyusahkan, even aku pun suka masak2 simple2 je, tapi kepuasan tu yang penting sebab dapat bagi anak2 and suami kita makan, and kadang2 ada juga timbul penyakit MALAS tu, tapi kuatkan semangat juga untuk memasak, ada tip jugak nak kongsi kat sini, kalau weekend, sometimes, bila lauk dh habis dalam freezer, and malas nak g pasar, aku buat nasi lemak dengan jumlah yang agak banyak, so boleh makan sampai tengahari, hehehe, but still kita yang sediakan..kan??

macam sekarang tengah cuti sekolah, hampir setiap pagi aku sediakan sarapan, selalunya meehun goreng la sebabnya stok meehun terlalu banyak okeh di rumah, MR HUBBY beli satu plastik beso, incase orang mai ke apa ka...

kadang2 pagi kami p jugak pekena mamak, eh, kami selalu jugak pekena mamak tau, kadang2 supper, bukan la had benda yang heavy pun, just untuk lepaskan gian teh tarik, sembang2, bermesra dengan family, so selalunya pagi2 la, bila bkn time cuti sekolah, kalau time cuti sekolah, aku tends to masak sendiri lar, kopak ko duit kalau cuti sebulan lebih, sarapan pagi makan luar manjang!!

p/s : anak kedua aku selalu ajak minum luar tau, dia cakap best, tapi dia bukan makan sangat pun, kalau makan luar, dia paling gempaq nak itu ini, tapi dia KOMPEM makan tak habis, hahaha...(tu yang cekeding tuh)

No comments: