U Click Me...I Click U Back

Tuesday, December 22, 2009

Kisah Kami...

salam semua,

firstly, aku just nak bgthu MIL aku dah tiada lagi di dunia ini dan sudah kembali ke rahmatullah pada 12/12/2009 yang lepas di Penang kerana sakit tua, dan segalanya telah pun selamat, dan kita yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan ini dengan sebaiknya, dan jgn lupa sedekahkan al-fatihah kepada yang mereka yang telah pun meninggalkan kita.



kenduri tahlil pun sudah selamat diadakan sampai hari ke7, so menunggu ketibaan hari ke-40, insyaAllah pada 23hb Januari 2010 nanti.

dan aku juga sangat bersyukur kepadaNya kerana telah memberikan aku peluang merasai nikmat memperolehi keputusan cemerlang dalam exam aku yang lepas, ALHAMDULLILAH!!

cuti sekolah pun hampir sampai ke penghujungnya, dan aku masih rasa tak puas bercuti sakan sbb kekangan masa MR HUBBY yang sibuk kerja, yela nak buat camne, keje dia, so aku kenala terima seadanya.

my precious


dalam tempoh cuti sekolah ni adala 2-3 kali aku ke balik Penang, seronok actually, melayan anak2 sedara belah suami yang semua dan mcm bapak orang dan mak orang, maklumla MR HUBBY paling tua dalam family sana, so anak2 sedara semuanya dah besar2.

me in penang


korang semua dh beli baju sekolah anak2? hmm, for those yang anak2 dia nak masuk tahun 1, or else yang anak2 sedang bersekolah, sure akan merasa saat yang tak dapat digambarkan dengan kata2, yela, seronok, anak2 dh besar, nak sekolah, then terasa plak diri semakin tua, huhuhu, apa nak buat, kenala terima kenyataankan, umur pun dah 30 tahun, cuma rasa bangga tu ada sbb anak sulong dh nak mencecah umur 9 tahun tahun 2010, syukur alhamdulillah, hmm, dah semakin pandai menjawab dah ni, kadang2 buat hati aku panas je manjang, yg no2 nak masuk tahun 1 tahun depan, so keperluan sekolah dia aku dh beli sikit2, tinggal beg sekolah dia ngan kakak dia je belum setel lagi, akan diusahakan dalam masa terdekat ni, hopefully!!



amirah skang dah semakin noty, dh pandai melawan jugak anak dara cinonet ni, tak kena jek, kompem aku pun dipukulnya tau, haru minah kecik ni, suka menyebai kata org utara, menyebai tu suka marah2 ler, kalau tak kena or tak dapat apa yang dia nak, sure dia mcm hentak2 barang or apa2 benda yang ada kat tangan dia, hehehe, apa daaa, macam2 kisah anak2 ni kalau dapat bercerita, sampai tahun depan pun tak habis, huhuhu.

ooo ye, kita pun dh hampir dengan tahun 2010, apa azam baru u all??

aku macam biasa, meneruskan perjuangan yang masih belum selesai, dan sangat berharap akan ada berita baik pada tahun 2011 nanti...INSYAALLAH...DOAKAN UTK AKU YE KEKAWAN SEMUA...:-)

okla nak bersiap ngan nak gerak anak2 bangun, dorang semua tgh sedap bermimpi lagi, aku nak attend appointment ngan SV aku kul 1.30pm nnti at Pusat Perkembangan Pelajar, UKM, kena berangkut semua askar ke sana as MR HUBBY ada keje sepanjang hari ni then my parents still in Kelantan, so what to do, nak batal mmg tak boleh sbb susah sangat nak dapat appointment dengan my SV ni, huhuhu, adala 2-3kali aku g dia tak de, g BALI la, semalam aku g dia ada meeting plak, jenuh!!

selamat hari selasa kepada semua, SALAM...

No comments: