U Click Me...I Click U Back

Saturday, December 5, 2009

Kenapa la malas sangat...

salam semua,

huhuhu, memang aku macam dah malas nak menaip cerita dekat dalam ni, tapi bila tengok orang lain rajin je meng'update' blog memasing, kenapa aku tidak??

sungguh banyak alasannya...kuang, kuang, kuang

nak mula dari mana ye??

okla, cerita pasal Amirah dulu, alhamdulillah she is getting smarter and smarter, maksud aku bukan la aku perasan dia terlebih pandai ke apa, cuma Amirah sekarang ni dah pandai tiru aksi orang besar, ni yang membuatkan aku sesangat la risau sebab dia bukan tahu baik buruk apa yg orang besar tu buatkan, tapi yang peliknya cakap langsung tak mahu lagi, bunyi-bunyian je yang aku dengar, kehkehkeh.



sekarang ni dia cukup suka makan nasi, pantang le sesapa makan nasi, 10x orang lain makan, 10x jugak le dia nak, camna tu, kalau tak bagi kesian, lagi satu dia suka nak makan sendiri, tak mahu suap2nya, tak dapet nak nolong cik senah oiii!!!

ada jugak ajar dia sebut2 perkataan 'kakak' ke, 'umi' ke, hmm, dia cuba gak sebut, adala dengar2 jugak bunyi2 hujung tu, aku tak la risau sangat sebab dia faham apa aku cakap semua tau, cuma abah dia je la over sikit, keep on asking and worrying why her Amirah still cannot speak, saba ye abah, lama2 cakap la tuh, silap hb tak berhenti2 until tak dapat nak tepis soalan2 cepu emas anak kita ni nanti, hehehe.

cerita cuti sekolah dan raya haji

semua tahu sekarang ni cuti sekolah, aku sebagai cikgu pun kira syokla as terbabit sama cuti sekolah ni, syok memang syok la, tapi keje2 kat umah tak penah habis wooo, semakin hari semakin banyak plak aku rasa, cabaran MR HUBBY supaya gosok baju keje aku 10 pasang sehari dapat dilaksanakan dengan jayanya, siap ada sehari tu aku gosok sampai 15 pasang, caya tak korang??percayalahhhhhh....(sebut mengikut rentak lagu ct), hehehe.

aku raya nun jauh di Penang, kampung MR HUBBY, maklum la mak mertua aku dah terlantar sakit, jadi kami kena kerap balik beraya bersama walaupun dia dah tak kenal kami semua, sedih, tapi nak buat camna, rezeki memasing, :-(

raya pun macam tak raya sebab sibuk dengan KORBAN LEMBU untuk anak2 aku, ni kira pertama kali la buat korban untuk anak2 aku, alhamdulillah, berjaya jugak, dan syukur ALLAH permudahkan urusan kami dan memurah rezeki kami tahun ini..:-)





korban dibuat pada hari raya kedua, jadi raya ketiga tu kami bercadang nak melawat sedara mara yang masih ada di Kelantan, walaupun kedua2 datuk dan nenek sebelah mak abah aku dah meninggal, tapi aku masih mempunyai tok tiri yang perlu diziarah juga, yela, aku pun agak rapat jugak dengan dia, walaupun bukan darah daging aku, at least rezeki aku tahun ni dapat melawat dia, dan alhamdulillah dia sihat walafiat, SYUKUR.

aku sempat duduk semalam je kat situ, nak jejalan pantai memang tak dapat, sebab hujan tak berhenti-henti, kesian jugak aku tengok orang Kelantan, asal akhir tahun je, cenggini ler keadaannya, bak kata orang kelate, nak wak guano weyyy...!!!



aku bertolak balik dari Kelantan ke KL dah malam, lebih kurang dalam pukul 8 malam, banyak kali jugak la kami berhenti kat RnR sebab MR HUBBY was so mengantuk, nak harap aku drive memang tak dapat la, sebab Amirah ada, jadi terpaksa berhenti tidor kat RnR, adala dalam 2x berhenti tido, last sekali suboh kat Gua Musang, then terus gerak balik KL.

tetiba plak MR HUBBY buat surprise terus naik Cameron Highlands, katanya saje nak bwk anak jalan2, yela kat kelantan memang dah tentu tak dapat nak jalan2 sebab hujan, so konon2 nak ganti balik la tu. on the way naik CH, sempat la kami berhenti bergambar berlatarbelakang kabus pagi, memang sejuk giler la jalan nak naik ke CH tu, mujur bawak jaket kat anak2 n me also, kalau tak mau menggigil, ni baru SEJUK kat CH, kalau depa2 yang dok luar negeri tu, camne citer yek??


okla sampai sini saje coretan diari orang pemalas nak menulis ni, sekali tulis panjang berjela daaa...gamba ada nak attach.. tapi failed to upload..kang malam cuba lagi yek...sekian sahaja...














SALAM

No comments: