U Click Me...I Click U Back

Saturday, October 10, 2009

Entry dengan Cerita....:-)

salam semua,

lama sungguh tak updates dengan cite panjangkan, tak sempat actually nak mengarang, huhuhu, sejak akhir2nya asik dok berFB je la, nak mengarang tak de masa nak fikir nak tulis apa, lack of ideas kata org putih, hehehe.

skang ni sekolah sibuk dengan kehadiran malam kemuncak Jubli Emas SKGS (50 tahun), yang bakal di adakan pada 24 Oktober ni, di Hotel Dynasty, sesapa yang berminat nak hadiri pun boleh dengan bayaran RM50 hinggit seorang, makanan dan persembahan dijamin syok punya, hehehe, (sempat buat promosi percuma).

dengan adanya majlis ini, aku sebagai AJK PIBG turut terlibat menyibukkan diri dengan menjadi AJK bahagian hidangan untuk majlis tersebut, huhuhu, setiap seminggu, 2-3kali jugak mesyuarat diadakan pada sebelah petang, mujur Mr Hubby faham kesibukkan isterinya ini, huhuhu.

okla, cerita pasal pengajian aku di UKM, alhamdulillah, habis dh satu semester, got 2 more semesters to go, huhuhu, hopefully everything goes smoothly sepanjang lagi 2 semester pengajian aku di sana, amin...!!!

hari tu aku janji nak sambung psl entry raya tp tak sempat nak cite psl raya kedua n seterusnya, hmm, mmg tak sempat actually, dah tak syok nak cite, cite basi dah pun, huhuhu, tapi adala beberapa gambar raya yang aku rasa patut dikongsi untuk tatapan kekawan dan silent readers (mcm la ada).

jemputan rumah terbuka terdapat di sana sini, cuma aku jek tak larat nak pegi dah, ngan nk heret 3 org puteri kesayangan aku plak lagi, mmg tak jadi keje la, serius, plus kalau tempat tu jauh, lagila, lainla kalau Mr Hubby ada ikut sekali, huhuhu, kalau berempat mmg tak pegi dah, KOMPEM!!!

hari ini jek ada 3jemputan, satu kt Ampang, 2 kt area umah aku, hmmm, aku ni baru jek balik dari sekolah, ada LADAP, mmg tak larat dah nak g, lagi pun, ada satu setengah hari jek utk aku setelkan keje umah, assignments ada lagi 3 nak kena submit before deepavali, camne tuh, takkan la ada hati lagi nak jejalan cari makan kan??

okla, layan gamba2 dulu la, lain kali sambung cite, dh tak de apa lagi nak cite dah...

my precious...atirah...amirah..n alyaa..:-)


my cutie pie...


RAYAing at my parents' friend house..they used to stay with our family in SABAH


my parents' friend..auntie zah with uncle tamizi




my daughters with their cousin...


with cousin...




outing...jalan2 cari makan...at seberang jaya


raya umah kakak...at bandar tasik permaisuri


amirah comot...hehehe

No comments: