U Click Me...I Click U Back

Saturday, September 19, 2009

Persiapan Hari Raya

salam bersiaran dari Penang (rumah MIL) semua,

semua dah bersiap sedia nak beraya,wah sakan nampak,aku actually dah lama siap untuk raya, cuma banyak lebihkan anak-anak, aku, cukupla dengan sepasang baju kurung moden untuk dipakai pada pagi raya...:-)

hmm..aku masih teringat dengan Arwah Kak Min..al-Fatihah

persiapan raya untuk tahun ni agak meriah sikit berbanding dengan tahun lepas sebab kami sekeluarga akan pulang beraya di kampung Mr Hubby di Penang, so agak berlebih sikit la kami berbelanja, sebabnya, kalau raya di kampung, sure ada banyak tempat untuk dikunjungi, so kenala sediakan lebih baju untuk anak-anak buat tukar, alhamdulillah, rezeki anak-anak,:-)

adalah 2 kali aku shopping dekat sogo, bukan apa, pertama beli baju raya anak-anak dan kedua pergi semata-mata beli belt alyaa, sambil-sambil tu sempat jugak aku rembat lagi baju-baju untuk anak-anak aku yang masih sales, hehehe, sakan!!

kasut pula aku belikan dorang crocs, khas untuk raya tahun ini, even mahal tapi aku nak kualiti tu, bukan selalu pun aku beli barangan branded, setakat kasut jelah, kalau baju mmg tak beli sangat yang mahal-mahal, setakat Poney, bolehla...

ada cerita kelakar yang happened semalam, kuikui...

u all caya tak aku tertinggal semua baju anak kecik aku kat umah termasuk baju-baju kurung untuk dipakai raya semalam, masa dah on da way ke penang, dah sampai Gopeng, baru aku ingat, bising giler la Mr Hubby, aku dah sangat cuak, as semua baju anak kecik aku tu aku susun dalam bakul tuh, nak pakai apa kat kampung nanti plus baju kurung dorang semua dalam tu termasuk baju-baju raya yang aku beli kt sogo, adoiaaiii!!

then kebetulan, nak jadikan cerita, kami terserempak dengan kawan Mr Hubby dekat area Tapah sebelum aku tersedar pasal kes tertinggal tuh, terus aku bagi cadangan why not kita kirim kunci rumah then bagi pada abah aku, so terus Mr Hubby call kawan dia tuh dan jumpa disatu tempat, so selesai satu bab, sekarang ini bakul tu dah ada kat umah mak aku, akan dibawa oleh my bro, kebetulan dorang sekeluarga akan pulang ke kedah tengahari nanti, huhuhu, alhamdulillah, merasa jugak anak-anak aku nak pakai baju baru, insyaAllah...amin..

habis cite...

*************************************************************************************

Here's wishing all my FB's Friends Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin and for those planning for their balik kampung this weekend, have a safe journey and Selamat Pulang ke Kampung Halaman!!!

No comments: