U Click Me...I Click U Back

Wednesday, June 24, 2009

Updates

Salam semua,

jeles betui aku melihat kekwan di blog sempat update blog memasing, aku langsung tak sempat, bila online utk mencari bahan pengajaran aje, aku hanya sempat melawat FB aku, melihat citer latest kekawan.

actually byk cite yg nak dikongsi bersama, tetapi cuma masa jek tak de nak menaip kt sini. bayangkan la last week betul bizi tahap gaban punya, dengan menyiapkan LAB murid, pihak Bp dtg untuk membuat Carbon Challenge (will story later), then last weekend jugak aku bertugas utk Kem Koko kt sek aku, ditugaskan utk guide murid-murid membuat persembahan utk malam barbeque kat sek. hari sabtu tu ada la berapa puluh kali dok mai sek, then balik plak sbb terpksa ambik anak kecik aku kt pengasuh, katanya nak g kenduri, mak aku plak ada kenduri kt keramat, so terpksa bwk amirah dok sek sekejap.

dalam kul 3.30 aku balik hanta kt mak aku, siap boleh landing sekejap til asar, aku bangun plak bekejar ke sekolah, ni semua pasal semangat nak menang persembahan, yela kalau menang, akan menyumbang mata kepada unit uniform aku, so klau byk mane tahu unit aku boleh menangkan...

ahad pula my sibs cadang nak buat makan-makan untuk celebrate father's day, tetiba terpikir pulak nak celebrate sekali beday amirah yg dh genap setahun on 9th Jun ago, planning nak buat next weekend, tapi nnti kena masak byk2 kali, alang2 terus buat, lagipun juz beli kek je. then aku order pizza hut, my SIL beli KFC, kakak aku buat laksa kelantan ngan koktel, perghh, dasat tu menu kami, muahahah, suka2 jek nak pasan sekejap.

p/s : hmm...gamba belum sempat download ke lappy, so layan cite je la dulu, nnti next entry will attach some pics related, ok, til then, salam semua.

No comments: