U Click Me...I Click U Back

Sunday, April 5, 2009

Kisah Minggu Ini

salam semua,

minggu ni dah masuk weekend, tapi nampak mcm tak da time free pun untuk aktiviti bersenggang, huhuhu, kenapa yek? cuti pun mcm tak cuti, hubby aku komplen cakap, "sibuknya isteri i!", heh?

sepanjang minggu ni sekolah aku mempunyai pelbagai program, dan aku pulak tak menyibukkan diri dengan program sekolah, sbb aku terpaksa menyelesaikan analisa penyelaras untuk semua kelas tahun 4, bayangkanlah, tahun 4 aje dah ada 7 buah kelas, analisa untuk murid yang mendapat gred A, B dan C, begitu juga those yang failed. argghh!!! sangatla menyusahkan, bayangkan kena mengadap komputer beberapa jam tanpa henti, dan yang paling penting, jangan sapa ganggu aku, huhuhu, itu WAJIB sbb bila membuat sesuatu yang melibatkan nombor, tumpuan harus diberi sepenuhnya, kan?

itu baru sibuk di sekolah, kerja-kerja study aku belambak-lambak utk diselesaikan, adehhh, camne ni, rasa tak cukup masa je 24jam sehari ni. sekarang dah masuk minggu study week kat UKM, tapi beberapa kertas kerja yang sudah dibentangkan, masih belum didokumenkan. mujur my PROF bagi due date sebelum habis semester ni. alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan pengajian aku bagi semester 2, yeay!!! nak masuk sem 3 dah, got 1 year to go, insya Allah.

semalam kuliah DR JAMIL sampai pukul 1.30, bayangkan 5 jam kuliah, aku dibelakang menguap2, sambil bersms, dh bosan sangat. lagipun dah sah-sah tak masuk, sbb duduk belakang sekali, masuk lewat 1/2jam. dah la eden pakai empat mata, mana ler nak nmpk tulisan DR JAMIL yang kemetot tu. hehehe. alasan la tu. then masa balik mintak tolong kwn hanta kat komuter sbb aku tak bwk kereta, beloved hubby hanta, katanya aku nmpk letih, as malam sebelum tu sakit kepala, gatal hidung, lenguh-lenguh badan petanda virus influenza dah datang menyerang, huhuhu. sampai kat KL Sentral, aku bertukar naik tren ke Ampang Park, hubby aku tunggu kat sana.

hari ni, masih lagi flu, gatal-gatal hidung, tapi ku tahan je Jebat, sbb aku memang pesen manusia yang cukup payah nak MC, demam pun datang sekolah, bukan nak jadi cemerlang pun, sbbnya aku tak suka kerja aku tertangguh sbb tak datang sehari, menyusahkan cikgu lain plak me'relief' kelas untuk aku, kan susah tu? selagi ada kudrat, aku cuba jugak datang bekerja untuk bangsa dan negara, CEWAH!!! (perasan sekejap).

panjangnya aku melalot...

nak cite sikit perkembangan Amirah yang dh nak masuk 10 bulan, insyaAllah 9hb ni. sekarang ni dah pandai nak memanjat, berani tuh, aku ler yang susah hati, kang jatuh kompem sakit, kalau aku ada depan mata tak pe, ni buatnya dia buat masa dok ngan kakak-kakak dia, mmg kompem ler sakit sbb kakak-kakak dia kdg2 tak tengok pun, dok syok melayan diri sendiri.

okla, panjang cite plak, nak mula masak, lauk semua dah bwk kua, cadang nak masak simple jek.hehehe. masak pe yek, any suggestion??

No comments: