U Click Me...I Click U Back

Monday, April 27, 2009

Kesah Minggu Sudah

salam semua,

i've been through a lot of things lately, then tak tahu nak mula cite kat sini camne, act dh banyak kali je menaip entry baru, tapi separuh jalan je, tido daaa, tak larat sesangat, at last end up, aku tido terbongkang depan lappy, huhuhu, sungguh kesiankan?

ermm,mula-mula nak cite pasal aku pegi ke book fair khamis lepas, aku pegi dengan kekawan aku (cikgu2 SKGS), act tak plan pun, tapi aku dok sebut kat kawan aku ni nak cari buku Asas Statistik untuk final exam aku kt UKM, then coincident dia ajak aku join g book fair ngan Robi, Liza, Kak Shuba ngan Kak Mun.

disebabkan semua tak tahu camne nak g PWTC naik keta, so aku offerkan diri untuk drive dorang ke sana, lagipun tak kose le nak naik tren or bus sbb pegi pun dh petang, lepas sekolah, then mane tahu byk benda nak borong ke, hehehe, itu HARUS, sbb bukan selalukan?

lebih kurang 15minit, kitaorang sampai, then cari parking kat area Kedutaan Indon, kat situ legal then free plak, hehehe, nak hidupkan, tapi menapak la sikit kekawan ye. sampai kat PWTC, punyala ramai umat manusia, even weekday pun gitu punya ramainya, tu belum tggu weekend.

firstly, kami terjah gerai Alaf 21 dulu, itu acara wajib sbb yang pegi ni smua GILER GABAN novel ye, aku ulang GILER GABAN!!!jangan tak tahu gila b*** punya murah tu, tak silap kalau dihitung2, adalah dekat 15hinggit kurangnya, tapi KARANGKRAF pandai, dia buat pakej tiga novel RM48, tapi latest punya novel la, yg belum ada lg kat kedai2, tapi pajek tu dh ditetapkan tajuk novel-novelnya, korang faham tak ni??kalau tak, korang buat2 faham jela, tak masuk peksa pun, hehehe.

buku-buku dan novel-novel yang telah diborong

buku ni rega sehinggit, hehehe, tu yang beli.


lepas setel novel, singgah gerai buku-buku berciri akademik plak, al maklum le, yg bersoping ni semua cikgu cikgi, jd haruslah singgah digerai2 yang disebutkan td. hah, kali ni pun murah le sesangat, buku2 latihan dijual dengan rega sehinggit je, korang caya tak?? baikla pecaya ye, sbb aku pun terkejut dia boleh lelong2 gitu je, tebal gak buku2 tu, kwn aku siap tapau utk satu kelas tu, sanggup dia hangkut, ikut suka suki hangpa je yek, tapi aku pun byk gak habis kat gerai tu, beli buku rujukan adik yg nak ambik PMR tu dekat 6 buah jugak, beli utk anak dara aku 4 buah, untuk aku 2 buah je, cukup le, kenala budget, kang nnti bulan ni kena makan buku je kang, susah, hikhik.




lepas setel semua, singgah gerai majalah-majalah, hmm, byk gak aku borong kat sini, mane yg aku rasa best aku rembat, siap dapat beg kertas, tu pun ada max price dia baru leh dapat beg tu. then jalan-jalan lagi kat gerai2 lain sampai la kitaorg dh tak larat sesangat, then decided nak makan plak. as usual, aku dh biasa ngan area2 kat situ, so aku bwk dorang g makan kt lower ground floor kat The Mall, as diaorg pun tak cerewet. lepas makan terus balik, as nak kejar Asar, huhuhu.



be cont...ngantuksss....zzzz

No comments: