U Click Me...I Click U Back

Wednesday, March 18, 2009

Tugasan 1 selesai dan Aku yang penat

salam semua,

semalam aku tido lebih kurang kul 3 pagi sebab menyiapkan tugasan kertas kerja yang telah diberikan oleh Prof aku. sebenarnya tugasan itu diberikan sudah lama, tapi dah menjadi kebiasaan aku untuk membuat kerja last minute sebab aku rasa sangat berpuas hati dengan resultsnya, aku tak kisah pada siapa yang tak setuju dengan aku sebab semua org mempunyai hak untuk kata apa aje...kan?

bercerita mengenai kerja last minute ni, my point of view, sebenarnya ada pro and con nya, terpulang kepada setiap individu untuk menilainya, tetapi aku jenis orgnya suka mencari bahan-bahan dan maklumat-maklumat sampai ke saat-saat akhir, sampai aku puas hati dengan apa yang aku dah perolehi, lepas tu baru aku akan mulakan langkah seterusnya iaitu memasukkan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam slide untuk tujuan presentation, maka dengan itu bermulala satu episod tak tido malam, ngeh..ngeh..ngeh

hari ni aku kua umah agak awal sebenarnya sebab kelas aku bermula pukul 10 pagi, jadi aku fikir mungkin sempat untuk bersarapan bersama hubby aku dulu memandangkan dah lama tak berdating berdua-duaan gitu...hikkss... ngadas.

selesai makan-makan tambah dengan sembang-sembang, jam dah menunjukkan pukul 9, dengan riak belagaknya aku cakap "masih awal lagi abang", sebabnya aku boleh sampai UKM lebih kurang 35 minit je (kalau jalan tak jam), tu yang belagak je. nak dijadikan cerita, tak dan sampai Setapak, traffic dah slow giler, aku mula cuak sebab hari ni aku kena present, adusss, camni nih, kalau lambat sampai sure PN SRI tak puas hati, dah la cuti sekolah, so no excuse at all.

biler tengok Setapak mcm slow sangat, aku masuk ke Setiawangsa, alhamdulillah, traffic agak lancar, aku masuk highway dalam kul 9.30 gitu, alhamdulillah jugak, tepat kul 10 aku sampai UKM, aku sampai dulu sebelum PN SRI masuk kelas, pheww, lega!!!

okla, tak sempat nak hbskan citer, to be cont later, aku penat, dan mengantuk sangat, anak-anak dah mula bentang tilam utk bergolek-golek, dan aku sangat TERGODA...

sambungan...

sudah selesai memasak, memberi anak-anak makan, sementara menunggu hubby sampai dari Pahang (on the way actually...should be arrive here anytime), aku nak membuat sambungan pada cite semalam.

presentation aku berjalan dengan baik walaupun aku rasa aku bercakap mcm bullet train, sebabnya? sebabnya slide aku banyak plak, lebih dari 50 slides, hahaha. tapi during presentation tu aku sempat jeling-jeling kat PUAN SRI, so that aku dapat meneka, melihat dan merasa, apa yang dia teka, lihat dan rasa jugak, hehehe, hope so.

selesai pembentangan, aku diasak dengan pelbagai soalan oleh students lain, bertanya itu ini, soalan-soalan yang agak memeningkan kepala jugak, soalan yang tak masuk topik pun ada, tapi aku menganggap ianya hanya sebagai satu perbincangan yang bermanfaat, ada jugak jawapan aku itu diback up oleh PUAN SRI, thank you PROF, hehehe.

habis kelas ALIRAN EKONOMI almost 1 pm, aku bergerak ke bilik siswazah, lepaking, bersembang2 dengan classmates aku, pastu menyelesaikan urusan ALLAH, terus gerak ke bilik Gerak Minda 16 untuk kelas yang lain plak (PERUBAHAN SOSIAL), tula dah namanya cuti sekolah, himpunkan semua kelas dalam masa 1hari, mudah untuk those yang duduk jauh especially outside KL. tak da apa yang menarik untuk diceritakan.

dalam kul 5 aku dah gerak untuk balik ke KL, alhamdulillah traffic berjalan lancar. aku sampai dalam kul 6 lebih. aku gembira apabila melihat wajah anak-anakku gembira apabila aku menjemput mereka di rumah pengasuh..SUCH A HAPPY MOMENTS

No comments: