U Click Me...I Click U Back

Friday, March 13, 2009

Mesyuarat PIBG

hehehe... untuk pengetahuan semua ini adalah pertama kali aku menghadiri mesyuarat PIBG sekolah bukan sebagai AJK ibu bapa tetapi sebagai AJK guru (pelik camne pentadbir boleh letak nama aku)... yang selalu dikatakan mesyuarat yang penuh dengan isu dan kontroversi... aku pun tak tahu actually sebab ini adalah mesyuarat kali kedua... yang mana mesyuarat yang pertama aku tidak dapat menghadirkan diri kerana terlibat dalam kursus selama 3 hari sekitar KL...

actually aku pun tak tahu tang mana dikatakan kontroversi itu... tetapi menurut guru-guru yang menghadiri mesyuarat kali pertama yang melibatkan semua ibu bapa dan guru-guru SKGS... mesyuarat itu memang penuh dengan kontroversi... dengan lagak seorang parents yang secara membabi buta menyalahkan guru-guru dengan asyik mencari salah guru tanpa memikirkan kelemahan anak-anak mereka sendiri...

di sini aku bukan ingin membela para guru... tetapi niat aku hanya untuk menyedarkan para ibu bapa semua bahawa tanggungjawab memberi ilmu dan nilai-nilai yang baik bukan 100% tanggungjawab guru sahaja... tetapi ibu bapa juga patut dan harus mengambil tahu dan memainkan peranan yang sama penting terhadap perkembangan anak-anak mereka di sekolah... betulkah anak-anak mereka belajar atau mainkah anak-anak mereka... belum masuk bab anak-anak murid biadap dengan guru... mengutuk dengan cara menulis keburukan guru dalam diari dan kemudian menyebarkannya dalam kelas... ini berniat untuk menjatuhkan maruah guru yang mengajar mereka sendiri... adusss... walaupun ia tidak terkena batang hidungku sendiri tetapi sedikit sebanyak ia menjatuhkan maruah guru-guru di sekolah...

ini semua berlaku di sekolah ku... begitu mengejutkan ia berlaku dalam kalangan kelas yang dikatakan pencapaian akademiknya cemerlang... murid-murid menggunakan kepandaian dengan cara cukup biadap... tambahan pula bila dipanggil ibu bapa murid berkenaan... tidak dibantahnya perbuatan anaknya tetapi menunding jari kearah pentadbir dengan mencari salah guru tersebut seolah-olah menyokong kesalahan anak mereka... huhh... macam-macam... aku pun tak faham...

ermm... berbalik kepada cerita aku attended meeting PIBG tadi... baru aku faham tak mudah sebenarnya menjalinkan hubungan yang baik antara guru-guru dan pihak ibu bapa kerana konflik sentiasa bermain di minda masing-masing... begitu juga aku... apabila mendengar gaya percakapan mereka... melihat telatah mereka... aku dapat menyimpulkan bahawa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka... jika aku ditempat mereka... mungkin aku juga akan berkelakuan sedemikian... wallahualam





p/s: mesyuarat PIBG tadi dari kul 5 hingga 7.30... waktu tu aku tak berapa bekenan sebab waktu bz aku ambik alya dari sekolah agama... ambik amirah dari umah pengasuh... huhuhu... mujur ada abah aku (tokayah)... muaaahhhh!!!!

No comments: