U Click Me...I Click U Back

Thursday, September 21, 2017

#JejakTokyo2017 ~ Day 3 ~ Sumida Aquarium & Tokyo SkyTree

As salam gang!!

sis nak sambung explorace kami di Tokyo..
kalau ikutkan Tokyo ni besar tau memang tak habis2 la kalau nak terjah setakat 2-3 hari tapi sis hanya planned nak pergi ke tempat2 yang betul2 menarikla.. means yang WAJIB pergi..kalau tak pergi rasa menyesal sangat..haaagituuhh!!!

selepas kami selesai ke Asakusa kami decided nak ke Tokyo SkyTree yang terletak di Oshiage, Sumida tapi sebelum tu kami sempat juga shopping di kedai 300 yen...kat sana memang banyak sangat kedai 300 yen (sama macam kedai rm2 kat Malaysia).. aku banyak beli souvenir kat sini..untuk kekawan dan lecturers..


sempat posing di train station Tokyo Skytree


untuk ke sini macam biasa dari station asakusa kami menggunakan google maps untuk dapatkan panduan macam mana nak ke Tokyo Skytree nih...

kat sini tak sempat pun posing2 sebab hujan...dan sebenarnya kami dah kepenatan dan kesejukan...
sempatla aku ambik gambar kawan aku sorang ni tengah posing2...hehehehe

kami tak naik atas pun sebab kami nak jimat2 duit je...
tak berapa teringin sangat nak naik atas tu...hahahaha

so lepas tu kami ke...


SUMIDA AQUARIUM yang terletak berdekatan dengan Tokyo Skytree 




kat dalam ni dia jual pelbagai barangan macam souvenirs dan tshirt2 tapi harga bapak punya mahal la ye....kofkof

masa ni dah nak nak gelap dah dan kami decide nak ke satu tempat yang sangat menarik dan kami 2x kot datang sini...hahahaha!

TUNGGU NEXT ENTRY YE!

to be continued....

#JejakTokyo2017 ~ Day 3 ~ Ueno Park & Asakusa (Sensoji)

As salam...

sambungan dari entry Day 2

rasa bersalah pulak tak habiskan entry #jejaktokyo nih..
lagipun sayang sangat kalau tak diabadikan dalam blog sebab next time boleh jadi rujukan sendiri dan mungkin jugak rujukan kawan2 kan?
yelar..mana tau kan..kot2 korang nak jejalan Tokyo ke?
sis ni tak tahula bila lagila nak dapat merasa ke sana lagi..😭
kalau pergi pun teringin nak ke Kyoto pulak.. :-)

ok..ok..udah2la merapu..meh sis sambung hari ke-3 sis di Tokyo...
as i wrote before..semua itinerary sepanjang kami dekat Tokyo ni aku yang buat...sebelum fly aku dah siap2 senaraikan tempat2 yang bakal kami pergi sepanjang berada kat sini...kecuali yang ditetapkan oleh AMG contohnya macam lawatan ke Universiti dan sekolah2
yang tu semua ditetapkan...kita ikut aje sebagai ahli..

so bila ada FREE and EASY..kami jejalan sendiri jela.. 




getting ready to explore Tokyo...yeahhhh!!!!!


pepagi lagi dah siap2 nak mulakan explorace kami..yeahh!!
planning pagi ni ialah nak ke Ueno Park..apa yang ada kat situ??kat situla banyaknya pokok sakura...so tujuan utama nak melihat sendiri keindahan para-para sakura sebab waktu spring nila sakura tengah mekar kembang...so uols kalau nak ke Tokyo nak tengok sakura pergi dalam awal2 April dan cuaca pun tgh sejuk masa ni..sejuk tahap gigil jugak...💤


kalau tengok papan rujukan sistem train tokyo ni sure yang takde migrain jadi migrain...hahahaha
tapi kami berjaya jugak mengharunginya tanpa sesat ke barat...kehkeh...semuanya hasil penggunaan google maps dengan jayanya...so kalau guna google maps inshaAllah tak sesat punya!


naik train kat Tokyo ni tak boleh sembang2 tau....japanese ni dorang senyap jek..and dorang buat hal sendiri je dengan berinteraksi dengan gadjet aje...senyap sunyi dalam train melainkan ko dengar bunyi train bergerak jela..dan suara computerized bagitahu tempat yang akan dituju...
ok..nak ke Ueno Park ni pun kami naik tren..kiranya tren pengangkutan utama la kalau ko melancong dekat Jepun..



ok dah sampai dan dalam keadaan hujan renyai2...





dahla cuaca sejuk..hujan pulak..tangan tu kalau boleh nak potong dok jela dalam poket sebab dah malas nak bwk keluar banyak kali sebab nak ambik gambar...tapi nak taknak..wajib la bergambar kat sini...bukan boleh datang setiap hari pun kan?😰






disebabkan hujan renyai2...tak berani sangat nak guna hp ambik gambar banyak2...hujan sejuk lagi...so sekejapan ajela kami kat sini..tapi berjalan habisla sekitar Ueno Park nih...😥




adala sikit2 dapat diabadikan sebagai kenangan..
nak snap banyak2 pun pemandangan macam tu jugak...hahahaha..yelar..dikelilingi pokok sakura je sepanjang taman tu weyhh...what to expect kan?😬

setel Ueno Park (masuk free)...kami terus ke train dan pergi pula ke Asakusa.. kat sini ada sensoji temple tapi sebab hujan kami malas nak terus ke sana..so kami lepak sambil cuci2 mata di Asakusa...Asakusa ni tempat macam bazar la..dan kat sini aku dapat info dari kawan aku bolehla nak beli tshirt ke apa2 gift seperti key chain.. FM ke..semua ada kat sini..tapi harga aku tak jaminla murah...hehehehe..sebab bagi aku mahal la sebab duit JPY kan tinggi dari RM...so redha jela!



siap tulis BM u!!!
kat sini aku beli FM untuk anak2 husband aku...
dan beli tshirt i love japan tu untuk husband..
kat sana maafla nak shopping beria2..sebab mahal ok!
jpy 1,000 tu bersamaan dengan RM 38 macam tu la..tapi kalau di sana murah dahla jpy 1k tu..hikhik...


tinggi melampai sungguh ini orang!

kat sini sempat kami singgah kedai arab ni makan kebab dan tumpang buat jamak kat kedai dia..nasib owner dia baik sangat tau...dan kedai dia selesa la nak solat semua...alhamdulillah...

lepas tu kami jejalan sekitar asakusa nak menuju ke sensoji temple..boleh google lebih lanjut berkenaan dengan temple ni sebab kami dah tak larat sebenarnya nak jalan lagi..sebab kawan sis sorang tu kaki dia terseliuh masa kat Malaysia dan belum sembuh sepenuhnya..so memang kami takdela nak paksa2 sangatkan kang bengkak susah!





sedikit gambaran sekitar asakusa...nampak macam cerah je tapi sebenarnya hujan renyai2 dan sejuk sangat!



kat sini kawan sis kak june rembat stoking budak2 comel2 aje..sis tak beli sebab anak2 sis takdela hantu stoking..kang beli buat kenangan pun belambak je ada dekat daiso Malaysia...hahahaha...

pendek cerita kat sini takde apa la yang nak dishoppingkan sangat pun...to me Tokyo bukan tempat yang sesuai untuk anda habiskan RM anda..gitchhuuu...tapi kalau nak mengenali budaya japanese dengan lebih mendalam..merasai suasana menggunakan train sebagai pengangkutan utama kita ke mana2...Tokyo adalah tempatnya...sight seeing pun best!tambahan kalau korang pergi pada musim spring...(tak sejuk sangat berbanding winter)...memang TERBAIK!!


kenangan memilih jam konon2 nak beli untuk anak2 yang ditinggalkan...tapi wasap hubs tak bagi beli katanya xelok..ok..SYMP!!

last but not least...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



rasa2nya sis beli tak boot yang sis dok2 pegang tu??

to be continued......